Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

HSR KL-Johor Bahru tak berdaya maju tanpa SG, kata pemimpin Umno

Oct 24, 2021 | 04:09 PM



JOHOR BAHRU: Langkah menghidupkan kembali projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) tanpa Singapura akan membazirkan sumber dan tidak mempunyai nilai ekonomi, kata seorang bekas menteri besar Johor.



Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang juga Naib Presiden Umno, berkata rancangan kerajaan untuk melaksanakan projek HSR ke Johor Baru tidak berdaya maju memandangkan bandar itu bukan kuasa ekonomi seperti Singapura.



"Semasa pandemik itu, Johor Bahru sepi dari segi pertumbuhan dan daya tahan, tanpa pelancong, pelabur dan pemain (ekonomi) dari Singapura.



"Saya berharap kerajaan tidak akan membuang masa dan wang dengan rancangan yang tidak berdaya maju seperti melaksanakan laluan Kuala Lumpur-Johor Baru untuk HSR dengan mengecualikan Singapura," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu (23 Okt).



Beliau berkata demikian sebagai respons kepada pertimbangan kerajaan untuk meneruskan projek HSR, menghubungkan Kuala Lumpur ke Johor Bahru, bagi menggantikan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura yang dirancang sebelum ini.



Januari lalu, Singapura dan Malaysia mengumumkan pembatalan projek Kuala Lumpur-Singapura selepas kedua-dua negara tidak dapat mencapai persetujuan mengenai perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia.



Perjanjian itu telah berakhir pada 31 Disember tahun lalu. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >