Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hubungan Saudi, Iran kembali terjalin

Mar 10, 2023 | 10:13 PM



DUBAI (Amiriah Arab Bersatu): Iran dan Arab Saudi pada Jumaat (10 Mac) bersetuju untuk menjalin semula hubungan selepas tujuh tahun permusuhan yang telah mengancam kestabilan dan keselamatan di Teluk dan hingga mencetuskan konflik di Timur Tengah dari Yaman ke Syria.


Perjanjian itu diumumkan selepas empat hari rundingan yang tidak didedahkan sebelum ini di Beijing antara pegawai keselamatan tertinggi dari dua kuasa Timur Tengah yang bersaing.


Teheran dan Riyadh bersetuju "untuk menyambung semula hubungan diplomatik antara mereka dan membuka semula kedutaan dan misi mereka dalam tempoh tidak melebihi dua bulan", menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Iran, Arab Saudi dan China.


“Perjanjian itu termasuk penegasan mereka tentang penghormatan terhadap kedaulatan negara dan tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman.”


Mereka juga bersetuju untuk mengaktifkan perjanjian kerjasama keselamatan yang ditandatangani pada 2001, serta satu lagi perjanjian terdahulu mengenai perdagangan, ekonomi dan pelaburan.


Kedua-dua negara mengucapkan terima kasih kepada China, serta Iraq dan Oman kerana menganjurkan rundingan awal pada 2021 dan 2022.  Perjanjian itu ditandatangani oleh pegawai keselamatan tertinggi Iran, Ali Shamkhani, dan penasihat keselamatan negara Arab Saudi Musaed bin Mohammed Al-Aiban. - Reuters



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >