SPH Logo mobile
Langgan|

Hujan batu yang jarang berlaku bawa 'musim sejuk putih' ke kawasan panas padang pasir Kuwait

Hujan batu yang jarang berlaku bawa 'musim sejuk putih' ke kawasan panas padang pasir Kuwait

Dec 28, 2022 | 9:34 PM

Hujan batu yang jarang berlaku bawa 'musim sejuk putih' ke kawasan panas padang pasir Kuwait

BERMAIN DENGAN AIS BATU: Kanak-kanak memakai baju hujan sedang mereka bermain dengan ais batu di daerah Umm al-Haiman, kira-kira 50 kilometer ke selatan Kuwait City.
BERMAIN DENGAN AIS BATU: Kanak-kanak memakai baju hujan sedang mereka bermain dengan ais batu di daerah Umm al-Haiman, kira-kira 50 kilometer ke selatan Kuwait City. - AFP

KUWAIT CITY: Kuwait, salah satu negara paling panas di Bumi, telah dilanda ribut hujan batu yang jarang berlaku, menggembirakan kanak-kanak dan ibu bapa mereka, dengan imej putih musim sejuk dikongsi secara meluas di media sosial pada Rabu (28 Dis). "Kami tidak melihat begitu banyak hujan batu semasa musim sejuk dalam tempoh 15 tahun," kata Encik Muhammad Karam, bekas pengarah jabatan meteorologi Kuwait, memberitahu AFP. Gambar dan video jalan di kawasan selatan yang sebahagiannya diselubungi hujan batu dan ais telah tersebar dalam talian untuk meraikan peristiwa cuaca yang jarang berlaku itu. Kanak-kanak memakai baju hujan sedang mereka mengambil hujan batu di daerah Umm al-Haiman, kira-kira 50 kilometer ke selatan Kuwait City. Jabatan meteorologi Kuwait menyatakan hujan sejak Selasa mencecah sehingga 63mm tetapi cuaca semakin cerah. Encik Karam berkata beliau menjangka fenomena itu dijangka berulang kerana perubahan iklim mengganggu corak biasa cuaca. Negara Teluk yang kaya minyak itu mengalami musim panas yang terik, dan saintis meramalkan ia boleh menjadi tidak dapat didiami pada masa depan kerana perubahan iklim. Pada 2016, suhu musim panas memuncak pada 54 darjah Celsius. - AFP

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg