Hujan lebat ancam operasi menyelamat di gua Tham Luang, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

13 orang terperangkap di gua Thai

Hujan lebat ancam operasi menyelamat di gua Tham Luang

Jul 08, 2018 | 07:40 PM

 

 

CHIANG RAI (Thailand): Hujan lebat di kawasan pergunungan utara Thailand pada petang Ahad (8 Julai) menyukarkan lagi operasi menyelamat yang bermula pada hari yang sama, sedang negara itu berlumba dengan masa untuk mengeluarkan 12 pemain bola sepak cilik dan jurulatih mereka dari perut gua Tham Luang.

Sejumlah 18 penyelamat - lima penyelam Thai dan 13 penyelam berbilang negara sedang bergelut melalui laluan berbahaya sempit dan sebahagiannya dipenuhi air.

Hujan gerimis yang bermula awal petang menjadi hujan lebat selang beberapa jam, mengancam untuk mengisi semula gua dengan air yang telah dipam keluar sejak dua minggu lalu.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Pihak berkuasa Thai berkata ia tidak boleh meramalkan bila kanak-kanak pertama boleh diselematkan, walau beberapa pegawai, pada pagi Ahad, telah berkata bahawa kanak-kanak pertama boleh dikeluarkan dari gua pada 9 malam (10 malam) ini.

Ketua operasi menyelamat Encik Narongsak Osottanakorn, berkata pihaknya tidak boleh memberi jangkaan yang tepat kerana adalah operasi itu berbahaya dan sukar.

“Operasi ini rumit dan laluan yang ada dalam gua sukar dilalui… kami tidak dapat mencongak masa yang diperlukan pasukan untuk menyelamatkan kumpulan kanak-kanak pertama,” kata Encik Narongsak.

“Para penyelamat akan bekerjasama dengan kakitangan perubatan dalam gua untuk menentukan kesihatan kanak-kanak itu sebelum memilih kumpulan pertama untuk dibawa keluar.

“Sebelum itu, mereka tidak boleh menentukan berapa ramai kanak-kanak boleh diselamatkan dalam operasi pertama… dan kami tidak dapat mencongak berapa lama operasi ini akan berlangsung dan berapa ramai kanak-kanak boleh keluar dari gua,” kata Encik Narongsak.

Kumpulan itu telah mengadakan ekspedisi di gua itu dua minggu lalu dan terperangkap selepas paras air dalam gua meningkat.

Musim tengkujuh di Thailand dijadual bermula dalam tempoh beberapa hari lagi.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map