Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hujan lebat banjiri Makkah

Apr 28, 2021 | 08:05 PM



ARAB SAUDI: Hujan lebat yang turun beberapa jam pada petang Selasa (27 April) mencetus banjir besar di banyak kawasan di Arab Saudi, termasuk di kota Makkah.



Malah, ada kawasan yang dihujani air batu sebelum banjir melanda.



Hujan yang bermula sekitar jam 2 petang waktu Arab Saudi itu memang sudah dijangkakan ramai penduduk.



Pihak berkuasa Arab Saudi sudah mengeluarkan amaran mengenai hujan dengan angin kencang di seluruh negara sehingga Ahad ini (2 Mei).



Namun, yang tidak disangka adalah banjir kilat dengan air deras yang menghanyutkan kenderaan dan juga orang ramai yang cuba keluar dari kenderaan apabila air bah mencapai paras tinggi.



"Bagaimana keadaan wanita bersama keluarganya tadi di tengah-tengah jalan, saya sendiri yang berada di pinggir menggigil," kata Ustaz Muhammad Sofi Aw, seorang penduduk Makkah.



Sementara itu, Jabatan Presiden Ehwal Dua Masjid Suci di Arab Saudi, memperhebatkan operasi mengeluarkan air bah daripada Masjidil Haram dan kawasan sekelilingnya.



Ini bagi memastikan keselamatan jemaah dan penduduk sekitar.



Lebih 200 pegawai menyelia lebih 4,000 pekerja untuk mengepam keluar air bah daripada kawasan Masjidil Haram, menggunakan 470 alat penyedut.



Mereka juga memastikan air bah dapat disalurkan keluar ke sistem kumbahan bawah tanah dengan lancar.



Bagaimanapun, semua ibadah umrah dan solat tidak begitu terjejas akibat hujan lebat dan banjir di kota Makkah itu.



Orang ramai juga diingatkan supaya menjauhi kawasan yang ditenggelami air dan mematuhi langkah berjaga-jaga mencegah banjir. - Berita Harian Malaysia/Agensi berita



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >