Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hujan lebat di Jakarta sebabkan 11 kawasan kejiranan dilanda banjir

Apr 15, 2021 | 09:26 PM




JAKARTA: Hujan lebat di Jakarta telah menjejas 11 kawasan kejiranan (RT) yang membentuk dua unit masyarakat (RW) di wilayah Kelurahan Cipinang Melayu, setelah kawasan-kawasan itu ditenggelami banjir pada Khamis (15 April), lapor laman Pantau Banjir Jakarta.


Ketinggian banjir berkisar antara 50 hingga 70 centimeter.

 


RT yang terjejas oleh banjir itu termasuk RT 010, RT 011, RT 012, dan RT 013 yang berada di RW 03 Kelurahan Cipinang Melayu. Satu lagi RW yang terjejas ialah RW 04.

 


Lima pam air dikerahkan menyedut banjir di RW 04. Banjir surut sepenuhnya pada tengah malam waktu Indonesia Barat, lapor laman Detik.com.

 


Awal sebelum itu, BPBD Daerah Khusus Ibukota (DKI) Jakarta telah mengeluarkan amaran cuaca ekstrem bermula Rabu (14 April) hingga hari ini.

 


Cuaca ekstrem itu disebabkan Taufan Tropikal Surigae.

 


Maklumat yang dikongsi melalui akaun Twitter BDBD mengatakan terdapat kemungkinan berlaku hujan disertai kilat atau petir dan angin kencang di wilayah DKI Jakarta pada 14 dan 15 April 2021.

 


Cuaca ekstrem juga dilaporkan di wilayah Kota Bekasi pada Rabu, sementara hujan berserta air batu melanda daerah Kecamatan Jatiasih.



Sementara itu, angka kematian akibat Taufan Seroja yang melanda wilayah Nusa Tenggara Indonesia mencecah 181 pada Rabu (14 April) sementara 47 orang masih hilang, menurut data rasmi terkini.

 



Pada satu sidang media dalam talian yang dianjurkan Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) yang diadakan pada Rabu, wakil gabenor wilayah itu Josef Nae Soi melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 250 orang masih mengalami kecederaan akibat banjir kilat dan tanah runtuh yang disebabkan oleh angin taufan pada awal April.

 



Jumlah mereka yang berpindah pula hampir 50,000 orang, tetapi ramai daripada mereka sudah mula pulang ke rumah atau ke keluarga masing-masing. - Agensi berita





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >