Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11

Hujan lebat hambat usaha menyelamat mangsa gempa Jawa Barat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Hujan lebat hambat usaha menyelamat mangsa gempa Jawa Barat

Nov 25, 2022 | 05:30 AM

CIANJUR (Indonesia): Hujan lebat dan bahaya akibat tanah runtuh telah mengganggu kerja penyelamat Indonesia kelmarin untuk mencari mangsa yang terperangkap dalam satu gempa bumi yang mengorbankan 271 orang.

Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud yang berlaku Isnin lalu telah menyebabkan kerosakan besar di bandar Cianjur, di sebuah kawasan pergunungan, kira-kira 75km dari selatan Jakarta. Seramai 40 orang masih belum ditemui.

Usaha untuk menyelamat mangsa yang masih hidup tertumpu di Cugenang, salah satu daerah yang paling teruk dilanda gempa bumi tersebut, di mana sekurang-kurangnya sebuah kampung dipercayai tertimbus di bawah tanah runtuh.

Helikopter menurunkan makanan dan air ke dua kampung yang tidak dapat dilalui menerusi jalan raya, kata Encik Henri Alfiandi, ketua agensi mencari dan menyelamat.

Beliau berkata peluang mangsa yang terselamat dan terperangkap dalam runtuhan tiga hari selepas gempa bumi semakin menipis. Keadaan hujan dan bahaya tanah runtuh telah melambatkan usaha pasukannya untuk mencari orang yang terperangkap.

"Oleh kerana gempa itu agak kuat dan kini dengan cuaca hujan, kami khuatir tanah runtuh akan berlaku. Tetapi kami telah meneruskan proses untuk memindahkan penduduk yang terjejas," kata Encik Henri kepada Reuters.

Seorang penduduk, Cik Ai Nurjanah, 48 tahun, berkata beliau terperangkap di bawah konkrit tumbang kira-kira 15 minit selepas gempa tersebut berlaku, sambil melindungi anak perempuannya yang berusia 4 tahun di bawahnya. Mereka sedang tidur ketika gempa melanda.

"Saya terus menjerit meminta tolong sehingga saya kehabisan suara. Anak perempuan saya menangis, 'Mama, gelap, saya tidak boleh bernafas'," katanya kepada Reuters sementara menunggu untuk dirawat di hospital kerana kecede-raan yang dialami.

Pihak berkuasa sedang berusaha untuk membawa masuk lebih banyak jentera berat untuk membersihkan kawasan tanah runtuh. Kira-kira 6,000 penyelamat telah dihantar ke sana, kata agensi mitigasi bencana.

Ketika pencarian diteruskan, penyelamat mengeluarkan seorang budak lelaki berusia 5 tahun yang bernama Azka dari runtuhan. Dia terselamat kerana dilindungi oleh tilam.

"Azka kini baik-baik saja dan tidak cedera. Doktor kata dia hanya lemah kerana dia lapar," kata saudaranya, Encik Salman Alfarisi, 22 tahun, sambil memegang tangan budak itu di sebuah khemah di tempat letak kereta hospital. Beliau menambah ibunya telah meninggal dunia akibat gempa tersebut.

Seorang kakitangan hospital di Cianjur berkata pesakit dirawat di dalam khemah yang terletak di luar hospital kerana bimbang akan ada gempa bumi lagi.

Piawaian bangunan yang buruk menyebabkan banyak kematian, kata seorang pegawai.

Presiden Joko Widodo menggesa agar perumahan kalis gempa bumi dimasukkan dalam usaha pembinaan semula apabila beliau melawat tempat kejadian Selasa lalu. - Reuters.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3