Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hun Sen diuji positif Covid-19

Nov 16, 2022 | 5:30 AM
POSITIF: Encik Hun Sen (kiri) diuji positif Covid-19 di Bali. - Foto AFP
POSITIF: Encik Hun Sen (kiri) diuji positif Covid-19 di Bali. - Foto AFP -

PERDANA Menteri Kemboja, Encik Hun Sen diuji positif Covid-19 di Bali.

Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai kelmarin bagi menghadiri Sidang Puncak Kumpulan 20 (G20) yang bermula semalam.

Sebelum ke Bali, beliau menjadi hos kepada para pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden bagi Sidang Puncak Asean dan Asia Timur di Phnom Penh bermula Sabtu lalu.

Dalam posnya di Facebook, Encik Hun Sen menyatakan beliau diuji negatif sebelum berangkat untuk menaiki pesawat ke Bali.

"Nasib baik saya tidak sertai jamuan makan malam dianjurkan pemerintah Perancis dengan beberapa pemimpin negara malam kelmarin kerana saya tiba lewat," katanya. Delegasinya pulang ke Kemboja semalam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg