Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hun Sen lawat Myanmar sedang kunjungan cetus bantahan

Jan 08, 2022 | 05:30 AM



YANGON: Perdana Menteri Kemboja, Encik Hun Sen, disambut barisan kehormat dan permaidani merah di Myanmar semalam, sedang bantahan berlaku di beberapa kawasan negara itu terhadap lawatan tersebut.



Lawatan beliau adalah yang pertama oleh seorang ketua negara ke Myanmar sejak junta tentera menggulingkan pemerintah awam yang diketuai Cik Aung San Suu Kyi pada 1 Februari tahun lepas, mencetuskan bantahan berbulan-bulan dan tindakan ganas yang berdarah.



Encik Hun Sen dijadual bertemu ketua junta Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing, untuk "berbincang dan bertukar pandangan mengenai kerjasama dua hala dan pelbagai hala" serta perkembangan terkini dalam Asean, menurut satu kenyataan Kementerian Luar Kemboja.



Jurucakap junta Myanmar, Encik Zaw Min Tun, mengesahkan kedua-dua pemimpin itu dijadual bertemu semalam untuk meningkatkan hubungan.



Lawatan dua hari pemimpin Kemboja itu menunjukkan kemahuan beliau mahu berdialog dengan junta selepas memegang jawatan pengerusi Asean tahun ini.



Pengkritik berkata lawatan itu boleh mengesahkan pemerintahan junta walaupun Encik Hun Sen berkata tujuannya adalah untuk "meringankan krisis yang berlaku di sana dan menggesa penghentian tindakan ganas semua pihak untuk menamatkan keganasan di negara itu," lapor Phnom Penh Post.



Di Myanmar, penentang junta tentera berkata lawatan Encik Hun Sen itu dilihat sebagai menyokong pihak junta.



Di Depayin, kira-kira 300 kilometer ke utara ibu kota Naypyidaw, penunjuk perasaan membakar poster perdana menteri Kemboja dan melaungkan "Hun Sen jangan datang ke Myanmar. Kami tidak mahu diktator Hun Sen", gambar di media sosial menunjukkan.



Terdapat juga laporan bantahan di Mandalay dan wilayah Tanintharyi dan Monywa.



Seorang aktivis terkemuka di Myanmar, Encik Min Ko Naing, menulis di media sosial bahawa Encik Hun Sen akan menghadapi bantahan besar-besaran atas lawatannya, yang akan menjejas Asean.



Badan Penyelarasan Mogok, yang mengumpulkan lebih 260 pertubuhan yang menentang rampasan kuasa di Myanmar, juga mengecam lawatan Encik Hun Sen, menuduh beliau menyokong junta tentera Myanmar.



Namun, dalam satu ucapan Rabu lalu, Encik Hun Sen menggesa agar semua pihak di Myanmar menahan diri supaya rancangan damai dapat dilaksanakan.



"Saudara di Myanmar, adakah anda mahu negara anda berlaku perang saudara sebenar atau mahu ia diselesaikan?" tanya beliau.



"Perkara pertama persetujuan adalah kesabaran, penghentian keganasan. Ini adalah matlamat yang kami mahukan." - Reuters, agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >