Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ibu bapa diminta hubungi doktor dek skandal vaksin palsu di Indonesia

Jun 29, 2016 | 03:03 PM



JAKARTA: Ibu bapa di Indonesia dinasihatkan pada Rabu (29 Jun) supaya menghubungi doktor mereka dan menimbangkan memberi lagi anak mereka vaksin setelah terbongkar skandal vaksin palsu besar yang melanda negara itu.

Polis menumpaskan satu sindiket jenayah minggu lalu yang dituduh menjual vaksin palsu selama lebih 10 tahun ke klinik kesihatan di seluruh Indonesia, yang mempunyai 255 juta penduduk.

Enam belas orang, termasuk satu pasangan suami isteri dalang skandal itu, ditangkap kerana didakwa terbabit. Mereka dituduh mengedar vaksin palsu bagi penyakit termasuk batuk kering (TB), hepatitis B (radang hati) dan tetanus (kejang urat atau otot).

Kementerian Kesihatan Indonesia sedang bekerjasama dengan polis untuk menentukan skala masalah tersebut. Agensi makanan dan ubat-ubatan negara telah merampas vaksin dari hampir 30 klinik kesihatan, tetapi masih belum diketahui seluas mana sindiket itu telah merebak.

"Kami sedang bekerjasama dengan agensi makanan dan ubat-ubatan negara untuk mengumpul data dan mengambil segala langkah yang perlu," kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Encik Oscar Primadi.

"Jika vaksin perlu dilakukan semula kami akan melakukannya, ia tidak mustahil."

Persatuan Pediatrik Indonesia berkata ibu bapa tidak pasti apakah anak mereka boleh terjejas harus bertanya hospital atau klinik kesihatan tentang asal-usul vaksin mereka.

"Jika anda masih tidak pasti, anda boleh lakukan semula vaksinasi. Ia tidak mempunyai sembarang kesan negatif ke atas kesihatan kanak-kanak," kata pengerusi persatuan itu, Dr Aman Bhakti Pulungan.

Skandal itu terdedah selepas syarikat farmaseutikal utama memaklumkan pihak berkuasa Indonesia bahawa beberapa produknya dipalsukan.

Kes itu menyebabkan kebimbangan dan kutukan di seluruh negara, dengan Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, menuntut hukuman paling keras bagi "jenayah luar biasa" ini. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >