Premium
Ibu Carrie Fisher pula meninggal dunia
Dec 30, 2016 | 5:30 AM
PERGI SELAMANYA: Legenda Debbie Reynolds (kanan) meninggal dunia selang sehari selepas anaknya, Carrie Fisher (kiri), meninggal. - Foto AFP -
LOS ANGELES: Legenda filem Hollywood, Debbie Reynolds, meninggal dunia kelmarin - sehari selepas kematian anak perempuannya, pelakon Star Wars, Carrie Fisher, lapor media Amerika Syarikat.
Mendiang Reynolds, 84 tahun, dilaporkan rebah di kediaman anak lelakinya, Todd Fisher, di Beverly Hills akibat angin ahmar sebelum dikejarkan ke hospital. Todd memberitahu Variety bahawa ibunya sempat memberitahu beliau mahu 'bersama' Carrie.

