Ibu di Jerman disyaki bunuh lima anak sebelum cuba bunuh diri
Premium
Ibu di Jerman disyaki bunuh lima anak sebelum cuba bunuh diri
Sep 5, 2020 | 5:30 AM
LAKUKAN SIASATAN: Seorang pegawai forensik bersama beberapa anggota polis dilihat di sekitar bangunan apartmen tempat kejadian pembunuhan itu berlaku di bandar Solingen, Jerman. - Foto EPA-EFE -
SOLINGEN (Jerman): Seorang ibu disyaki membunuh lima anaknya di Jerman sebelum cuba membunuh diri dengan melompat di depan kereta api bergerak kelmarin, menurut polis selepas lima mayat itu ditemui di satu apartmen.
Mayat kanak-kanak itu ditemui di bangunan apartmen privet di bandar Solingen di wilayah Rhine-Westphalia Utara, kata polis kepada AFP.

