Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ibu didakwa bunuh anak

Jun 22, 2018 | 12:50 PM
DIDAKWA BUNUH ANAK: Asmani Mat didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh atas tuduhan membunuh anak lelakinya yang berusia 19 bulan.
DIDAKWA BUNUH ANAK: Asmani Mat didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh atas tuduhan membunuh anak lelakinya yang berusia 19 bulan. - Foto BERITA HARIAN MALAYSIA

TEMERLOH: Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh hari ini (22 Jun) atas tuduhan membunuh anaknya yang berusia 19 bulan pada Hari Raya ketiga Ahad lalu.

Asmani Mat, 31 tahun, didakwa membunuh Muhammad Nur Rashdan Muhammad Rizal di rumah mereka di Felda Jengka 13, Maran antara pukul 8.30 hingga 9 malam, menurut Berita Harian Malaysia.

Asmani hanya menganggukkan kepala apabila jurubahasa membacakan kertas pertuduhan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman mati.

Media tempatan melaporkan bahawa wanita itu telah mengelar leher Muhammad Nur Rashdan menggunakan pisau sebelum bapa mangsa, Encik Muhammad Rizal Jusoh, 42 tahun, menyedari perbuatan tersebut.

Mangsa disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Jengka.

Dalam pada itu, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Cik Siti Hajar Mustafa, agar tertuduh - yang tidak diwakili peguam - dirujuk ke Hospital Permai, Johor Bahru, Johor bagi menjalani pemeriksaan mental.

Kesnya akan disebut semula di mahkamah pada 20 Julai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg