Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ibu kehilangan 6 daripada 9 anak dalam kebakaran di AS

Jan 13, 2017 | 10:45 AM



BALTIMORE: Enam kanak-kanak terbunuh pada Khamis (12 Jan) selepas api menjilat rumah tiga tingkat mereka di Baltimore pada waktu malam, kata pegawai jabatan bomba bandar itu.



Ibu mereka cedera dalam kebakaran itu, bersama tiga lagi daripada sembilan anaknya, kata pihak berkuasa.



Api telah menyemarak apabila anggota bomba tiba di tempat kejadian selepas tengah malam dan lantai ketiga rumah itu runtuh ke tingkat kedua tidak lama kemudian, kata ketua Jabatan Bomba Baltimore, Encik Roman Clark.



Pegawai mula menemui mayat kanak-kanak berusia antara 9 bulan dan 11 tahun itu pada kira-kira 10.30 pagi, katanya.



Anggota bomba terpaksa melawan kebakaran itu dari luar rumah tersebut disebabkan api dan kerosakan yang ditimpanya sangat teruk.



Sebuah mesin pengorek digunakan untuk mengangkat puing berat sebelum carian lebih terperinci boleh dijalankan bagi mencari mayat, ujar Encik Clark.



Punca kebakaran sedang disiasat.



Enam kanak-kanak yang terbunuh termasuk seorang bayi, seorang kanak-kanak kecil dan kanak-kanak perempuan kembar berusia tiga tahun, menurut pegawai bomba.



Ibu mereka, Cik Katie Malone, bekerja sebagai pembantu khas di pejabat kongres. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >