Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ibu kota Tonga alami kemusnahan besar akibat letupan gunung berapi dasar laut

Jan 17, 2022 | 05:30 AM



WELLINGTON: Ibu kota Tonga Nuku'alofa mengalami kemusnahan "besar" menyusuli letusan kuat gunung berapi yang menyebabkan tsunami berlaku, namun tiada laporan kecederaan atau kematian, kata Perdana Menteri New Zealand, Cik Jacinda Ardern, semalam.



"Tsunami itu mempunyai kesan besar terhadap pantai pasang-surut di sebelah utara Nuku'alofa, dengan bot dan batu besar hanyut ke darat," kata Cik Ardern, sambil menambah kerajaannya telah menghubungi kedutaan New Zealand di ibu kota Tonga itu selepas komunikasi dengan pulau itu terputus dek letusan itu.



Beliau juga berikrar menyediakan bantuan kepada Tonga dan membuat sumbangan awal sebanyak NZ$500,000 ($457,290) kepada pulau Pasifik itu.



Sebahagian besar Tonga terus tidak dapat dihubungi semalam, dengan hubungan telefon dan Internet terputus, dan saudara-mara yang jauh di New Zealand berdoa bagi keluarga mereka di kepulauan Pasifik itu.



Satu gunung berapi di dasar laut dekat Tonga meletus kelmarin, mencetuskan amaran tsunami dengan ombak setinggi 1.2 meter dan arahan pemindahan di pantai Tonga dan juga beberapa pulau Selatan Pasifik, di mana rakaman dalam media sosial menunjukkan ombak menghempas rumah di tepi pantai.



Hubungan Internet dan telefon terputus pada sekitar 6.40 petang waktu tempatan (1.40 petang waktu Singapura) kelmarin, yang menyebabkan 105,000 penduduk di kepulauan itu tidak dapat dihubungi.



"Imej letusan gunung berapi yang berdekatan dengan Tonga amat membimbangkan," kata Cik Ardern dalam satu kenyataan di Instagram.



New Zealand terletak kira-kira 2,383 km dari Tonga.



"Komunikasi akibat letupan itu telah menjadi sukar, namun pasukan pertahanan kami dan Kementerian Ehwal Luar sedang berusaha sedang kami bercakap untuk menentukan apa yang diperlukan dan bagaimana kita boleh membantu," kata beliau.



Belum ada laporan rasmi mengenai kecederaan atau kematian di Tonga meskipun komunikasi terhad dan hubungan tidak dapat diwujudkan dengan kawasan pantai di luar ibu kota Nuku'alofa, kata Cik Ardern dalam satu sidang media, semalam.



Di Jepun, ribuan orang dinasihatkan agar berpindah semalam sedang ombak melebihi ketinggian satu meter menghempas kawasan pantai, lapor agensi penyiaran awam NHK.



Sekitar 230,000 orang dinasihatkan berpindah merentasi lapan wilayah dek risiko tsunami itu, kata NHK. Amaran itu termasuk kawasan yang dibadai tsunami 2011 yang membawa maut.



Sepuluh bot karam di wilayah Kochi di pulau Shikoku di selatan Jepun, kata NHK, dan syarikat penerbangan Japan Airlines membatalkan 27 penerbangan di lapangan terbang seluruh negara.



Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, kelmarin telah melahirkan kebimbangan mendalamnya mengenai bencana itu.



"Pejabat PBB di Pasifik sedang memantau secara dekat situasinya dan bersedia menyediakan bantuan jika diminta," kata Encik Farhan Haq, timbalan jurucakap bagi setiausaha agung, dalam satu kenyataan.



Gunung berapi Hunga-Tonga-Hunga-Ha'apai kerap meletus sepanjang beberapa dekad lalu, namun letusan yang berlaku kelmarin begitu kuat sehingga penduduk di beberapa bahagian di Fiji dan New Zealand berkata mereka mendengarnya. - AFP, Reuters, Xinhua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >