Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ibu Najib Tun Rahah meninggal dunia

Dec 18, 2020 | 10:33 PM
Tun Rahah Mohamad Noah, ibu kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Hospital Prince Court di Kuala Lumpur petang 18 Disember 2020. - FOTO: FACEBOOK/NAJIB RAZAK
Tun Rahah Mohamad Noah, ibu kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Hospital Prince Court di Kuala Lumpur petang 18 Disember 2020. - FOTO: FACEBOOK/NAJIB RAZAK -

KUALA LUMPUR: Tun Rahah Mohamad Noah, yang juga balu kepada bekas Perdana Menteri Kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein, meninggal dunia petang Jumaat (18 Dis).

Ibu kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, itu meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Hospital Prince Court di Kuala Lumpur, lapor akhbar Berita Harian Malaysia.

Pemergian Tun Rahah, 87 tahun, telah dikongsi Datuk Seri Najib menerusi Facebook dan Twitter peribadinya.

"Innalillahwainnailaihirojiun...Bonda saya sudah tiada," tulis beliau.

Tun Rahah mendirikan rumah tangga dengan Tun Abdul Razak pada usia 19 tahun pada 4 September 1952, sebaik tamat persekolahan di Sekolah Convent of the Holy Infant Jesus, Johor Bahru, Johor. - BERITA HARIAN MALAYSIA

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg