Topic followed successfully
Go to BHkuIkon antiapartheid Afrika Selatan, Desmond Tutu, meninggal dunia
Ikon antiapartheid Afrika Selatan, Desmond Tutu, meninggal dunia
Ikon antiapartheid Afrika Selatan, Desmond Tutu, meninggal dunia

JOHANNESBURG: Ikon antiapartheid Afrika Selatan, Desmond Tutu, yang disifatkan sebagai kompas moral negara, meninggal dunia pada Ahad (26 Disember) pada usia 90 tahun, kata Presiden Cyril Ramaphosa.
"Kematian Uskup Agung Emeritus Desmond Tutu adalah satu lagi babak kesedihan dalam perpisahan negara kita kepada generasi Afrika Selatan yang cemerlang yang telah mewariskan kita Afrika Selatan yang telah dibebaskan," katanya dalam satu kenyataan.
Seorang aktivis yang tidak mengenal penat lelah, beliau memenangi Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1984 kerana memerangi pemerintahan minoriti kulit putih di negaranya.
Terkenal lantang, walaupun selepas kejatuhan rejim apartheid perkauman, Tutu tidak pernah lari daripada menghadapi kekurangan atau ketidakadilan Afrika Selatan.
Tutu ialah individu yang mencipta dan mempopularkan istilah "Rainbow Nation" untuk menggambarkan Afrika Selatan apabila Nelson Mandela menjadi presiden kulit hitam pertama di negara itu. - AFP/Berita Harian Malaysia

