Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ikrar PM baru Israel; era pimpinan Netanyahu berakhir

Jun 15, 2021 | 05:30 AM



TEL AVIV: Perdana Menteri baru Israel Naftali Bennett berjanji untuk menyatukan negara yang telah terganggu oleh empat pilihan raya dalam tempoh dua tahun melalui kebuntuan politik.



Beliau mengatakan pemerintahnya "akan bekerja untuk semua rakyat", sambil menambah bahawa keutamaannya adalah reformasi dalam pendidikan, kesihatan dan mengatasi 'tembok' birokrasi.



Politik Israel memasuki era baru selepas Encik Benjamin Netanyahu yang menjadi perdana menteri paling lama akhirnya disingkirkan menerusi undi di Knesset (Parlimen) pada Ahad yang turut menyaksikan ribuan penduduk di Tel Aviv meraikan kejatuhannya setelah 12 tahun memegang kuasa.



Keputusan yang memberi tamparan hebat kepada Encik Netanyahu itu diperoleh selepas undi 60-59 yang berpihak kepada pemerintahan gabungan baru yang ditubuhkan pemimpin pembangkang, Encik Yair Lapid bersama Encik Bennett yang akan mengambil alih jawatan Encik Netanyahu, pemimpin Parti Likud.



Di bawah perjanjian penggiliran yang dipersetujui pakatan itu, Encik Bennett, 49 tahun, yang merupakan bekas sekutu Encik Netanyahu, 71 tahun, dan memimpin Parti Yamina, akan memegang jawatan sebagai perdana menteri selama dua tahun sebelum diambil alih oleh Encik Lapid yang pernah bergelar pembaca berita TV sebelum ini untuk penggal seterusnya.



Kesepakatan yang membuka jalan kepada gabungan lapan parti termasuk Parti Arab buat pertama kali yang membawa kepada kejatuhan Encik Netanyahu itu dicapai pada akhir Mei lalu, kira-kira dua bulan selepas Pilihan Raya Umum keempat Israel yang diadakan dalam tempoh dua tahun.



Sebelum proses undian itu dijalankan, Encik Netanyahu yang seakan-akan mengetahui kedudukannya sudah berada di hujung tanduk berikrar kononnya pembangkang Israel akan mempunyai 'suara lebih jelas' jika undi tidak berpihak kepadanya.



"Sekiranya ditakdirkan kami berada di pihak pembangkang, kami akan tetap berdiri teguh sehingga kerajaan teruk ini ditumbangkan dan kemudiannya memimpin Israel mengikut cara kami," kata Encik Netanyahu.



Sementara itu, Encik Bennett yang pernah menjadi Menteri Pertahanan berjanji kerajaan gabungan di bawah pimpinannya akan mewakili seluruh penduduk Israel selain mengekalkan beberapa dasar kontroversi kepimpinan terdahulu termasuk pendirian terhadap tuntutan Palestin.



Pada sidang sama, Knesset turut melantik Speaker baru, Encik Mickey Levy, daripada Parti Yesh Atid yang dipimpin Encik Lapid untuk menggantikan Encik Yariv Levin daripada Likud selepas beliau meraih 67 undi sokongan.



Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, antara pemimpin dunia paling awal mengucapkan tahniah di atas pelantikan Encik Bennett sebagai Perdana Menteri baru dan barisan baru Kabinet Israel.



Kumpulan Hamas mendakwa mereka tidak menjangkakan sebarang perubahan positif daripada pemerintahan baru itu yang menggantikan kerajaan pimpinan Encik Netanyahu, lapor Anadolu Agency (AA).



"Kami tidak mengharapkan perubahan dalam pemerintahan itu, kerana mereka bersatu dengan dasar membunuh dan merampas hak-hak Palestin," kata jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri menerusi Twitter.



Setiausaha Agung gerakan Palestinian National Initiative Mustafa Barghouti menjangkakan akan berlaku penempatan secara tidak sah dan diskriminasi kaum yang lebih ekstrem berbanding pemerintahan sebelumnya.



"Pentadbiran baru tidak banyak berbeza daripada pemerintahan Netanyahu, dengan penjajahan, penempatan kolonial serta diskriminasi kaum seperti pemerintahan terdahulu, malah mungkin lebih buruk lagi," katanya kepada AA. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >