Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Imam lupa takbir, solat sunat Aidilfitri diulang

Apr 22, 2023 | 5:30 PM
CERIA HARI RAYA AIDILFITRI: Kira-kira 500 kanak-kanak menerima duit raya daripada pengurusan Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantu, hari ini. - Foto
CERIA HARI RAYA AIDILFITRI: Kira-kira 500 kanak-kanak menerima duit raya daripada pengurusan Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantu, hari ini. - Foto - BHM

JERANTUT (Pahang): Gara-gara imam terlupa melakukan lima kali takbir pada rakaat kedua menyebabkan solat sunat Aidilfitri di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut (MTMAJ), di sini hari ini diulang kali kedua.

Sejurus memberi salam, imam terbabit mengakui kesilapan dan menyatakan hasrat untuk mengulangi solat sunat yang diikuti kira-kira 3,000 jemaah buat kali kedua pada jam 8.55 pagi.

Seorang jemaah, Encik Ruzaini Abu Bakar, berkata tindakan imam memohon maaf dengan segera sangat dipuji.

"Tahniah kepada imam, terus akui kekhilafannya dan mahu mengulangi semula solat," katanya.

Seorang lagi jemaah, Muhd Ariffin Shafie, berkata imam meneruskan solat sehingga tahiyat akhir dan memberi salam.

"Imam terus mengakui dengan memaklumkan kekhilafannya melalui pembesar suara dan mahu diulang solat ini, Alhamdulillah solat sunat berjalan lancar pagi ini," katanya.

Sementara itu, kira-kira 500 kanak-kanak bawah usia 12 tahun menerima duit raya daripada pengurusan masjid.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg