Topik diikuti
Pergi ke BHkuImam, rabai naik basikal bersama bagi tolak perkauman di Jerman
Jun 26, 2018 | 5:30 AM
Imam, rabai naik basikal bersama bagi tolak perkauman di Jerman
BERLIN: Para imam Islam dan rabai Yahudi menaiki basikal tandem di ibu kota Jerman ini kelmarin, dalam usaha menunjukkan semangat saling menghormati antara agama dan menentang perkauman serta anti-Semitisme.
Dinamakan 'meet2respect' (bertemu untuk menghormati), acara itu disokong oleh kumpulan agama dan sivik, termasuk yayasan House of One, yang menggabungkan ruang sembahyang bagi orang Yahudi, Kristian dan Muslim.