Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Imej badut Najib oleh artis punk Malaysia jadi viral

Mar 28, 2016 | 03:09 PM



KUALA LUMPUR: Karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang badut jahat oleh seorang pereka Malaysia kini menjadi satu fenomena viral, dan memacu satu gerakan bantahan melalui imej yang lebih luas dan membuat artis itu menjadi sasaran pihak berkuasa.



Ejekan terhadap Datuk Seri Najib itu dengan cepat menjadi imej paling kontroversi di Malaysia.



Dikongsi secara meluas di media sosial, ia telah mencetuskan variasi peniru dan disokong rakyat Malaysia yang marah dek rasuah yang dikatakan melibatkan Datuk Seri Najib.



"Negara kami sedang ditadbir oleh orang-orang bodoh dan penyangak," kata Fahmi, penggemar rok-punk, dalam satu temu bual e-mel semasa dalam perjalanan panjang di luar negara.



Beliau mahu "memaparkan kepura-puraan (politik Malaysia), untuk menarik perhatian tentang kemerepekan ini, dan membuat orang ramai mentertawakannya".



Bagaimanapun, pihak berkuasa Malaysia tidak geli hati.



Fahmi, yang pernah ditangkap sebelum ini bagi aktivisme beliau, telah disoal siasat oleh polis dan diberitahu supaya berhenti menghantar imej yang menunjukkan Datuk Seri Najib memakai mekap muka berwarna putih, dengan kening melengkung dan mulut berwarna merah darah.



Menurut Fahmi, 38 tahun, polis sedang menyiasat kemungkinan beliau telah melanggar undang-undang multimedia yang boleh membawa hukuman penjara lima tahun.



Namun, lulusan bidang kejuruteraan elektrikal dari Amerika Syarikat itu, yang berkata seni adalah "senjata" beliau, tetap tidak terjejas.



"Mereka boleh meletak pemberontak dalam penjara, tetapi mereka tidak boleh meletak pemberontakan dalam penjara," katanya, yang menekankan bahawa hasil kerjanya tidak mengenakan Datuk Seri Najib sahaja, bahkah semua pihak dalam politik pelbagai kaum Malaysia. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >