Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

IMF semak pelan bantu negara terjejas perang Russia-Ukraine

Sep 14, 2022 | 05:30 AM



LONDON/WASHINGTON: Lembaga Eksekutif Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), yang menghadapi tekanan untuk memberikan dana kecemasan kepada negara-negara yang mengalami harga makanan melonjak disebabkan perang, telah menyemak satu pelan semalam yang boleh membantu Ukraine dan negara-negara lain yang teruk terjejas akibat perang Russia-Ukraine, menurut sumber yang biasa tentang itu memberitahu agensi berita Reuters.



Anggota lembaga telah membincangkan pelan itu, yang pertama kali dilaporkan oleh Reuters, di satu sesi tidak rasmi.



Dibangunkan oleh kakitangan IMF dalam beberapa bulan kebelakangan ini, ia akan membenarkan IMF untuk menyokong negara-negara yang terkapai-kapai dengan masalah belanjawan disebabkan perang yang berlaku, tanpa mengenakan syarat yang diperlukan dalam sesebuah program pendanaan biasa, kata sumber itu lagi, yang meminta namanya tidak didedahkan kerana pelan itu belum disahkan secara rasmi.



Anggota lembaga rata-rata memberi sokongan dalam mesyuarat yang diadakan dan satu undian rasmi bagi menyokong langkah-langkah yang diketengahkan dijangka dilakukan sebelum mesyuarat tahunan IMF pada Oktober ini, kata dua sumber kepada agensi berita itu.



Jika diluluskan, ia akan meningkatkan had akses sedia ada buat sementara dan membenarkan negara-negara anggota meminjam sehingga 50 peratus lebih tinggi daripada kuota IMF di bawah Instrumen Bantuan Kewangan Pantas IMF, sedang negara berpendapatan rendah boleh memanfaatkan Kemudahan Pinjaman Pantas, kata sumber itu.



" Konsepnya mudah, tetapi ia boleh membantu lebih banyak negara," kata salah satu sumber itu.



Bekas pegawai IMF, Encik Masood Ahmed, yang kini mengetuai badan pemikir Pusat bagi Pembangunan Global, mengalu-alukan langkah itu dan berkata, kewujudan IMF sememangnya untuk membantu negara-negara mengimbangi kejutan pembayaran yang berpunca daripada perang yang meletus.



"Ia satu berita baik, dan saya gembira kita melakukannya tetapi saya tidak berhenti di situ sahaja," kata Encik Ahmed kepada Reuters.



Harga makanan di seluruh dunia melonjak selepas bermulanya perang - disebabkan laluan bekalan yang diadang, sekatan ekonomi dan sekatan perdagangan lainnya - meskipun satu perjanjian yang diusahakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membenarkan eksport bijirin disambung semula dari pelabuhan di Ukraine bulan lalu, membantu membaiki aliran perdagangan dan menurunkan harga dalam beberapa minggu.



Banyak negara Afrika dan negara miskin lainnya berdepan kekurangan makanan dan kebuluran yang teruk telah mendesak agar dana ditingkatkan tetapi tidak jelas berapa banyak negara akan meminta bantuan kewangan tambahan.



"Saya tidak rasa adanya wang yang banyak (untuk disalurkan kepada negara-negara yang meminta)," kata Encik Ahmed. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >