Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

IMF umum agih dana kecemasan $1.86b kepada Ukraine

Oct 09, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengumumkan pengagihan dana kecemasan AS$1.3 bilion ($1.86 bilion) kepada Ukraine menerusi program bantuan krisis makanan.



Pakej itu akan membantu Ukraine memenuhi keperluan pembayaran mendesak, di samping memainkan peranan sebagai pemangkin bagi menyokong kewangan masa depan daripada pemiutang dan penderma Ukraine.



Skala dan ketegangan perang Russia menentang Ukraine, yang bermula lebih tujuh bulan lalu, menyebabkan penderitaan luar biasa dan masalah ekonomi.



Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) sebenar negara itu diunjur menguncup sebanyak 35 peratus tahun ini berbanding 2021 dan keperluan pembiayaan kekal besar.



Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, mendedahkan bantuan IMF itu semalam.



"Wang itu akan diterima Ukraine hari ini," katanya di Twitter sambil mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Urusan Pemberi Pinjaman Krisis, Cik Kristalina Georgieva, dan lembaga eksekutifnya.



IMF berkata pihak berkuasa Ukraine layak diberi pujian kerana mengekalkan tahap penting kestabilan makro-kewangan dalam keadaan sangat mencabar ini.



Sementara itu, Cik Georgieva berkata, dasar utama menjurus ke arah melindungi perbelanjaan utama dan memelihara kestabilan kewangan.



"Pemiutang dan penderma yang berkaitan sudah memberi isyarat bahawa mereka berhasrat terus menyokong kewangan Ukraine bagi membantu mencapai laluan pertumbuhan yang seimbang dan daya maju luaran jangka sederhana," katanya.



Minggu lalu, Bank Dunia memberikan bantuan tambahan AS$530 juta kepada Ukraine untuk "memenuhi keperluan mendesak yang disebabkan oleh pencerobohan Russia".



Bank itu berkata ia sudah menggerakkan hampir AS$13 bilion dalam pembiayaan kecemasan untuk Ukraine dan AS$11 bilion daripadanya sudah dikeluarkan.



Pada hari yang sama, Kongres Amerika Syarikat meluluskan pakej bantuan baru sebanyak AS$12.3 bilion bagi Ukraine, termasuk AS$3.7 bilion dalam peralatan ketenteraan.



Amerika turut memberikan sejumlah AS$65 bilion kepada Kyiv sejak Russia menyerang pada Februari lalu.



Presiden Vladimir Putin mengumumkan akhir bulan lalu bahawa Russia sudah menggabungkan empat wilayah di selatan dan timur Ukraine.



Bagaimanapun, tentera Kyiv sejak beberapa minggu kebelakangan ini mengusir tentera Russia dari seluruh barisan hadapan, termasuk di bahagian Donetsk. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >