Topic followed successfully
Go to BHkuImigresen Batam akui kes peras ugut pelancong S’pura, pegawai digantung tugas
Imigresen Batam akui kes peras ugut pelancong S’pura, pegawai digantung tugas
Salah seorang mangsa, pemegang pasport Myanmar dan Penduduk Tetap S’pura
Apr 2, 2026 | 1:11 PM
Imigresen Batam akui kes peras ugut pelancong S’pura, pegawai digantung tugas
Pegawai imigresen Indonesia Encik Ujo Sujoto (tengah), mengadakan sidang media berhubung siasatan dakwaan peras ugut pelancong asing di Batam, di Pejabat Imigresen Batam pada 29 Mac 2026. Pihak berkuasa mengesahkan terdapat petunjuk salah laku melibatkan orang tengah dan seorang pegawai, yang kini telah digantung daripada tugas sementara siasatan lanjut dijalankan. - Foto INSTAGRAM NIXNEWS.ID
BATAM: Pejabat wilayah Direktorat Jeneral Imigresen Kepulauan Riau mengesahkan terdapat petunjuk awal berhubung kes peras ugut melibatkan pelancong asing di terminal feri, Batam Center.
Ketua pejabat wilayah, Encik Ujo Sujoto, berkata siasatan dijalankan susulan laporan oleh wadah media Singapura, Mothership.sg, yang mendedahkan pengalaman dua kumpulan pelancong yang tiba di Batam pada 13 dan 14 Mac.
Laporan berkaitan
Penumpang dan kru feri terkandas di laut dekat Batam selamat pulangJul 24, 2024 | 11:11 AM
Warga Indonesia dipenjara 6 minggu cuba sogok pegawai ICAJul 24, 2024 | 10:35 AM

