Topik diikuti
Pergi ke BHkuImigresen Johor pantau 24 jam laluan terlarang ke S'pura

Jun 28, 2015 | 5:30 AM
Imigresen Johor pantau 24 jam laluan terlarang ke S'pura
JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Johor akan mula memantau 24 jam jalan keluar untuk menghalang orang ramai daripada keluar Malaysia secara terlarang semasa mahu memasuki Singapura.
Pengarahnya, Encik Rohaizi Bahari, berkata jabatan itu telah melancarkan operasi bernama kod Ops Ikrar (Serkap) semalam untuk menangkap mereka yang melakukan perbuatan itu.