Imigresen M'sia tingkat usaha banteras ceroboh 'lorong tikus' ke S'pura

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen akan memantapkan penguatkuasaan bagi membanteras pencerobohan keluar secara terlarang dari sempadan Malaysia-Singapura di Johor Bahru yang dikesan menjadikan laluan kereta api sebagai 'lorong tikus'.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Ibrahim, berkata setakat ini pihaknya telah melakukan beberapa serbuan dan menahan 54 individu yang cuba menyusup keluar melalui landasan kereta api Johor Bahru-Singapura untuk ke tempat kerja di republik berkenaan.