NEW DELHI: India telah mengerahkan tentera tambahan di sepanjang sempadan utara negara itu sebagai persiapan menghadapi konflik berlanjutan dengan China, selepas beberapa perbincangan gagal meredakan ketegangan antara dua negara bersenjata nuklear itu.
China telah menempatkan sekitar 5,000 anggota tentera dan kenderaan berperisai di sempadan dipertikaikan di wilayah Ladakh, kata seorang pegawai pemerintah India.
India juga telah menambah sejumlah anggota tentera dan meriam di sepanjang sempadan itu untuk menangkis serangan berterusan tentera China, dakwa pejabat India itu.
Pertikaian bermula 5 Mei lalu ketika kededua pasukan tentera bertempur di tebing Pangong Tso - sebuah tasik bersalji di ketinggian 4,260 meter di dataran Tibet - menyebabkan sejumlah anggota tentera di kedua-dua pihak cedera. - Agensi Berita


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg