India lapor lebih 390,000 kes baru, jumlah kes kini cecah 19.5 juta
India lapor lebih 390,000 kes baru, jumlah kes kini cecah 19.5 juta
May 2, 2021 | 2:31 PM
Seorang pekerja kesihatan membersihkan lantai di sebuah wad sementara Covid-19 di New Delhi pada 1 Mei 2021. - - Foto AFP
NEW DELHI: Jumlah kes Covid-19 di India mencecah 19,557,457 pada Ahad (2 Mei), dengan sebanyak 392,488 kes baru yang dilaporkan dalam sehari, kata kementerian kesihatan negara itu. Sebanyak 3,689 kematian dilaporkan sejak pagi Sabtu, membawa jumlah kematian kepada 215,542, lapor Xinhua. Terdapat sejumlah 3,349,644 kes aktif di negara itu, dengan kenaikan 80,934 pada Sabtu, manakala seramai 15,992,271 telah pulih dan keluar dari hospital sejauh ini di serata negara itu. Angka Covid-19 di India terus meningkat, tetapi pemerintah sejauh ini berkata ia tidak akan melaksanakan sekatan yang penuh. - Xinhua

