Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

India temui varian baru Covid-19 - Delta Plus

Jun 25, 2021 | 5:30 AM
VARIAN BARU DIKESAN: Seorang pekerja kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada seorang wanita di pusat vaksinasi pandu lalu di sebuah pusat beli-belah di Mumbai, di Maharashtra, kelmarin. Negeri itu antara tiga negeri di India yang dikesan mempunyai kes Covid-19 daripada varian baru Delta Plus. - Foto AFP
VARIAN BARU DIKESAN: Seorang pekerja kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada seorang wanita di pusat vaksinasi pandu lalu di sebuah pusat beli-belah di Mumbai, di Maharashtra, kelmarin. Negeri itu antara tiga negeri di India yang dikesan mempunyai kes Covid-19 daripada varian baru Delta Plus. - Foto AFP -

BENGALURU: India mengatakan ia telah menemui satu varian baru koronavirus membimbangkan (VOC), sambil menambah bahawa hampir dua dozen kes varian itu dikesan di tiga negeri.

Kementerian Kesihatan India mengesan varian Delta Plus itu di negeri Maharashtra, Kerala dan Madhya Pradesh, ujar Setiausaha Kesihatan Persekutuan, Encik Rajesh Bhushan, dalam satu sidang media.

"Berdasarkan penemuan baru-baru ini daripada SARS-CoV-2 Genomic Consortia India (INSACOG), Kementerian Kesihatan memberi amaran dan menasihati pihak berkuasa di negeri Maharashtra, Kerala dan Madhya Pradesh mengenai varian Delta Plus Covid-19 di beberapa daerah di negeri berkenaan.

"Setiausaha Kesihatan sudah memaklumkan kepada ketiga-tiga negeri itu mengenai varian ini ditemui dalam sampel jujukan genom dari daerah Ratnagiri dan Jalgaon di Maharashtra; Palakkad dan Pathanamthitta di Kerala; dan daerah Bhopal dan Shivpuri di Madhya Pradesh," katanya.

INSACOG ditugaskan mengesan penjujukan genom dan memberi input tepat mengenai langkah respons kesihatan awam yang sesuai diguna pakai di India.

Menurut kementerian itu lagi, INSACOG sudah memaklumkan bahawa varian Delta Plus Covid-19 yang ketika ini masih di peringkat VOC, mempunyai ciri-ciri meningkatkan penularan, melekat lebih kuat pada reseptor sel paru-paru dan mengurangkan potensi tindak balas antibodi monoklonal.

Varian Delta Plus Covid-19, iaitu versi mutan jenis Delta yang kali pertama dikesan di India, dijumpai dalam 22 kes di tiga negeri berkenaan.

Pakar kesihatan awam di Maharashtra bimbang varian baru Covid-19 itu berpotensi mencetuskan gelombang jangkitan ketiga di India.

Varian Delta Plus dianggap sangat berjangkit dan cepat merebak.

Namun, Encik Bhushan mengatakan varian itu masih dipanggil varian perlu diberi perhatian (VOI) dan bukan VOC.

Sementara itu, dengan bekalan vaksin yang diramalkan pada masa ini dan beberapa bulan mendatang, kadar maksimum vaksinasi sehari di India kini mencapai empat hingga lima juta dos.

Usaha vaksinasi di negara itu setakat ini merangkumi sekitar 5.5 peratus daripada 950 juta orang yang memenuhi syarat mendapatkan suntikan, walaupun India pengeluar vaksin terbesar di dunia.

Gelombang jangkitan kedua dahsyat pada April dan Mei lalu memberi tekanan besar terhadap perkhidmatan kesihatan, dan meragut nyawa ratusan ribu penduduk India. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg