Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INDONESIA

Indo hilang status negara keempat paling ramai penduduk jelang 2045

Pertumbuhan penduduk merosot kepada 0.4% pada 2045, daripada 1.17 peratus pada 2022
May 18, 2023 | 05:30 AM



JAKARTA: Indonesia bakal kehilangan status sebagai negara keempat paling ramai penduduk di dunia menjelang 2045 disebabkan penurunan kadar kelahiran, menurut Kementerian Perancangan Negara.



Tinjauan terbaru yang dijalankan kementerian tersebut dengan agensi perangkaan menunjukkan pertumbuhan penduduk Indonesia akan merosot kepada 0.4 peratus pada 2045, daripada 1.17 peratus pada 2022.



Ini bermakna dalam tempoh 22 tahun akan datang, ekonomi terbesar Asia Tenggara itu akan mempunyai 324 juta penduduk, meletakkan negara itu di belakang Nigeria dan Pakistan dalam kedudukan demografi.



"Pertumbuhan penduduk kami semakin perlahan setiap tahun, dengan purata pertumbuhan tahunan pada 0.67 peratus dalam tempoh 2020-2050," kata Menteri Perancangan, Encik Suharso Monoarfa, pada Selasa.



Dapatan ini mencerminkan peralihan populasi utama yang sedang berlaku di seluruh dunia, terutamanya apabila pendapatan berubah dan kadar kelahiran merosot di negara-negara berpendapatan sederhana.



China kehilangan status sebagai negara paling ramai penduduk di dunia kepada India, ketika Beijing melaporkan penduduknya menyusut buat kali pertama dalam tempoh enam dekad pada 2022.



Penduduk China pada 2022 sebanyak 1.4118 bilion, susut 850,000 daripada 2021.



Indonesia bergantung pada demografinya sebagai potensi pertumbuhan ekonomi dengan sebahagian besar terdiri daripada golongan pekerja untuk mencapai matlamatnya menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2045.



Pemerintah telah memperkenal kempen perancangan keluarga yang akan membantu bukan sahaja menurunkan kadar kesuburan, tetapi juga meningkatkan mutu modal insan seperti kesihatan, pendidikan dan pekerjaan.



Peratusan rakyat Indonesia berumur lebih 65 tahun dianggarkan meningkat kepada 14.6 peratus pada 2045, daripada 6.2 peratus pada 2020.



Rakyat produktif yang berusia antara 15 dengan 64 tahun akan menurun kepada 65.8 peratus daripada 69.3 peratus dalam tempoh yang sama.



"Struktur penduduk sedang mengalami perubahan pesat di seluruh dunia.



"Kita seharusnya dapat pulih daripada pandemik dan melaksanakan transformasi ekonomi yang inklusif dan mampan pada masa hadapan," kata Encik Monoarfa.



Penurunan itu dijangka berterusan. Faktor seperti kos sara hidup meningkat serta lebih ramai wanita memasuki dunia pekerjaan dan lewat hamil, menyaksikan penduduk di sebilangan negara memiliki kurang anak.



Negara lain, kebanyakannya di Eropah dan Asia, bakal menyaksikan kemelestan demografi pada dekad akan datang, demikian menurut angka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Julai 2022.



Di luar Eropah, Jepun menyaksikan penurunan populasi disebabkan rakyatnya yang semakin tua, manakala penduduk wanita hanya melahirkan purata 1.3 anak, selain kadar kemasukan imigran juga rendah. Justeru, tidak hairan Jepun kehilangan lebih 3 juta penduduk antara tahun 2011 hingga 2021. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >