Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia akan buka sempadan berperingkat apabila kadar vaksinasi lebih 70%

Oct 26, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Indonesia akan membuka semula negara itu secara berperingkat apabila kadar vaksinasi Covid-19 di negara itu melebihi 70 peratus, kata Presiden Joko Widodo, semalam.



Bercakap kepada peserta forum perniagaan dari Asia Tenggara, Encik Widodo berkata negara-negara di Asia Tenggara dipercayai akan mula melonggarkan sekatan perjalanan, termasuk mengadakan peruntukan perjalanan khas bagi individu yang telah divaksin dan diuji negatif bagi Covid-19.



Menambah, Encik Widodo berkata adalah penting bagi rantau ini berubah supaya lebih berkemampuan menghadapi krisis kesihatan di masa depan.



Awal bulan ini, Indonesia membuka semula Bali kepada pelancong luar negeri, termasuk dari China, New Zealand dan Jepun.



Namun, ketibaan penerbangan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai sejak ia dibuka semula kepada pelancong sedemikian pada 14 Oktober adalah lebih rendah daripada dijangka.



Pemerhati di negara itu berkata syarat pelancong perlu menjalani kuarantin lapan hari dan menampung sendiri kos penginapan dan lain-lain semasa tempoh ini adalah antara sebab tidak ramai orang pergi ke Bali.



Singapura tidak disenaraikan dalam senarai 19 negara yang penduduknya dibenarkan memasuki Bali.



Menteri Pelancongan, Encik Sandiaga Uno, juga enggan berkata sama ada pelancong dari Singapura akan dibenarkan memasuki Bali sebelum Krismas ini.



Industri pelancongan di Bali lumayan dan dalam tempoh sebelum Covid-19 boleh meraih pertukaran awang asing sekitar AS$10 bilion ($13.5 bilion) bagi Indonesia.



Menteri Penyelaras bagi Ehwal Kelautan dan Pelaburan, Encik Luhut Pandjaitan, berkata menerusi dalam satu kenyataan akhbar, membuka semula Bali bertujuan untuk memulih semula ekonominya.



Indonesia, ekonomi terbesar di rantau ini, muncul daripada kemelesetan pertama dalam tempoh lebih dua dekad pada suku kedua tahun ini, meskipun jangkitan Covid-19 yang melonjak telah memaksa pemerintah negara itu melaksanakan sekatan pergerakan sosial dan mengurangkan momentum pemulihannya.



Kelmarin, Kementerian Kesihatan negara itu melaporkan 623 kes Covid-19 baru, menambah bilangan jangkitan keseluruhan kepada lebih 4.2 juta.



Sekitar 24 peratus penduduk Indonesia telah divaksin sepenuhnya. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >