Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia akhiri guna loji tenaga arang jelang 2040 jika terima bantuan kewangan

Nov 04, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Indonesia dijangka mengakhiri penggunaan loji tenaga arang batu menjelang 2040 jika negara itu mendapat bantuan kewangan secukupnya dari masyarakat antarabangsa, demikian dinyatakan menteri kewangannya kepada agensi berita Reuters, kelmarin.



Kepulauan negara Asia Tenggara yang keempat paling ramai penduduk dan kelapan pengeluar terbesar gas rumah hijau dengan arang batu membentuk sekitar 65 peratus campuran tenaga.



Ia juga merupakan negara pengeksport arang batu terbesar dunia.



Cik Sri Mulyani Indrawati memberitahu Reuters semasa lawatan ke kota Glasgow, Scotland, bagi sidang COP26, akan rancangan Indonesia membentangkan perincian pelan negara itu beralih kepada penggunaan tenaga lebih bersih, dengan menamatkan penggunaan arang batu sebagai isu utama.



Sebelum ini, Indonesia menyatakan ia bercadang menamatkan penggunaan arang batu dan menggantikannya dengan tenaga elektrik menjelang 2056, sebagai sebahagian daripada pelan untuk mencapai paras sifar bagi pelepasan asap karbon menjelang 2060 atau lebih awal.



"Jika kita mempercepatkan sehingga 2040, maka kita perlu mendapat pembiayaan bagi menamatkan penggunaan arang batu lebih awal dan membangunkan keupayaan baru bagi tenaga boleh baru," kata Cik Sri Mulyani.



"Itulah yang sebenarnya menjadikannya isu utama dan saya sekarang sebagai menteri kewangan sedang berkira-kira apa yang dimaksudkan dengan menamatkan penggunaan arang batu lebih awal. Berapakah kos yang harus kita hadapi?," katanya.



Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson, memberitahu parlimen Britain minggu lalu bahawa Presiden Joko Widodo telah berkata, Indonesia akan mempercepatkan sasarannya bagi menamatkan penggunaan arang batu ke 2040.



Indonesia sebelum ini belum mengesahkan pelan sedemikian.



Cik Sri Mulyani memberitahu Reuters bahawa mencapai sasaran itu bergantung kepada sokongan kewangan yang diterima dari pelbagai institusi berbilang hala, sektor swasta dan negara-negara maju.



"Bagi Indonesia, menamatkan penggunaan arang batu lebih awal akan membebankan rakyat, dan perusahaan," katanya.



"Jika semua ini seharusnya dibiayai dari wang pembayar cukai saya, ia tidak boleh jadi. Dunia membuat tuntutan kepada kita, jadi soalannya ialah, apakah yang boleh dilakukan dunia untuk membantu Indonesia?," katanya.



Beliau juga berkata, pelan yang seharusnya diumumkan semalam akan mengalihkan sasaran iklim Indonesia melepasi "cakap kosong" sahaja dan turut merangkumi perincian teknikal dan Bank Pembangunan Asia dan institusi lain "sangat ghairah" dengan idea mereka.



Indonesia telah menyatakan ia perlu melabur AS$150 bilion (S$200 bilion) ke AS$200 bilion setahun dalam program rendah karbon untuk sembilan tahun mendatang bagi mencepat sasaran pelepasan sifar karbon menjelang 2060 atau lebih awal. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >