Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indonesia bakal mula vaksinasi Covid-19 akhir tahun: Jokowi

Nov 13, 2020 | 10:11 PM
Encik Jokowi berkata rancangan sudah dilakukan untuk mengedarkan vaksin Covid-19 kepada seluruh negara itu. - Foto Reuters
Encik Jokowi berkata rancangan sudah dilakukan untuk mengedarkan vaksin Covid-19 kepada seluruh negara itu. - Foto Reuters -

JAKARTA: Indonesia telah memohon izin darurat untuk memulakan kempen vaksinasi massa jelang akhir tahun ini untuk menentang koronavirus Covid-19 di negara tersebut, kata Presiden Joko Widodo, atau Jokowi.

Encik Jokowi berkata rancangan sudah dilakukan untuk mengedarkan vaksin Covid-19 kepada seluruh negara itu.

Jika diluluskan oleh agensi makanan dan perubatan Indonesia, 270 juta penduduk negara itu akan menjadi antara yang pertama di dunia untuk melancarkan vaksin koronavirus itu.

Indonesia, sejauh ini, mendapati sukar mengekang virus tersebut selama berbulan, namun, kenaikan kadar jangkitan di negara tersebut sudah mendatar sejak beberapa minggu kebelakangan, menurut angka rasmi.

Negara tersebut mempunyai jumlah pesakit Covid-19 terbesar di Asia Tenggara dengan 15,000 kematian dan 450,000 jangkitan dilaporkan.

Encik Jokowi berkata memastikan keselamatan vaksin merupakan keutamaan, sambil menambah bahawa pekerja kesihatan, pegawai polis dan tentera akan menjadi yang pertama menerima vaksin tersebut apabila kempen itu bermula. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg