Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indonesia bakal semak paras gaji minimum selepas bantahan harga minyak naik

Sep 14, 2022 | 5:33 AM
TUNTUT PEMERINTAH: Seorang wanita memegang sepanduk semasa bantahan berhampiran Istana Presiden di Jakarta, Indonesia, kelmarin. - Foto EPA-EFE
TUNTUT PEMERINTAH: Seorang wanita memegang sepanduk semasa bantahan berhampiran Istana Presiden di Jakarta, Indonesia, kelmarin. - Foto EPA-EFE -

JAKARTA: Indonesia akan menyemak paras gaji minimum dan undang-undang pekerja lainnya, menurut pejabat presiden semalam, selepas kesatuan sekerja mengadakan bantahan di seluruh negara kerana meningkatnya harga minyak petrol yang menurut mereka berlaku semasa gaji mendak.

President Joko Widodo menaikkan harga subsidi minyak di negara terbesar Asia Tenggara sebanyak 30 peratus awal bulan ini bagi mengekang perbelanjaan subsidi minyak, menyebabkan bantahan oleh pekerja dan pelajar di serata negara.

Kenaikan harga minyak dijangka mempercepat inflasi, yang telah mencapai paras tertinggi sejak 2015 disebabkan kenaikan harga makanan.

Ketua pejabat presiden, Encik Heru Budi Hartono, pada Isnin lalu bertemu dengan pekerja yang membantah di istana presiden di Jakarta Pusat bagi membincangkan tuntutan mereka, menurut kenyataan Istana.

Pekerja telah menggesa satu semakan ke atas formula yang digunakan pemerintah bagi menentukan kenaikan tahunan untuk gaji minimum, dan untuk menyemak undang-undang Mewujudkan Pekerjaan, kata Encik Heru dalam satu kenyataan, merujuk kepada undang-undang kontroversi yang diluluskan pada 2020 yang dianggap kesatuan sekerja terlalu properniagaan.

Pihak berkuasa menyemak tuntutan pekerja semalam, kata Encik Heru.

Inflasi di Indonesia menyaksikan kadar 1.68 peratus dan 1.87 peratus pada 2020 dan 2021.

Indeks harga pengguna melonjak kepada 4.94 peratus pada Julai lalu disebabkan gangguan kepada rantaian bekalan dan harga komoditi dan minyak yang meningkat.

Dalam pada itu, nilai gaji minima meningkat secara purata 1.09 peratus pada 2022 di serata negara yang diduduki 270 juta orang.

Setiausaha Agung Kesatuan Buruh Indonesia (KPSI), Encik Hermanto Ahmad, dipetik dalam kenyataan Istana bahawa kenaikan harga minyak akan memberi kesan lanjut ke atas keperluan lain.

Pihak KSPSI tidak menjawab permintaan agensi berita Reuters untuk mengulas.

Satu lagi kumpulan buruh yang telah menganjurkan rapat umum, pihak KSPI akan terus membantah sehingga pemerintah merubah kenaikan harga minyak, kata pengerusi Encik Said Iqbal, kepada agensi berita Reuters, kelmarin. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg