Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indonesia beri Jakarta lebih banyak kuasa tangani wabak koronavirus

Apr 7, 2020 | 6:02 PM
Pemerintah Jakarta mendapat kelulusan mengenakan pelbagai sekatan sosial di kawasan bandar selama dua minggu akan datang, dengan agensi negara membantu melaksanakannya.
Pemerintah Jakarta mendapat kelulusan mengenakan pelbagai sekatan sosial di kawasan bandar selama dua minggu akan datang, dengan agensi negara membantu melaksanakannya. - EPA-EFE

JAKARTA: Indonesia pada Selasa (7 April) meluluskan permintaan oleh pentadbiran Jakarta untuk mengenakan sekatan sosial berskala besar lebih lanjut di ibu kota itu, yang merupakan pusat kes Covid-19 di negara tersebut. Presiden Joko Widodo telah menumpukan perhatian kepada memerangi penyebaran penyakit itu melalui dasar-dasar penjarakan sosial, tetapi telah menentang langkah sekatan ketat yang dilaksanakan di banyak negara. Data rasmi menunjukkan virus itu telah menjangkiti 2,491 orang di Indonesia dan mengorbankan 209 penduduk, dengan sejumlah besar kes disahkan di kawasan bandar. Pada Selasa, Menteri Kesihatan Terawan Agus Putranto menandatangani arahan pemerintah pusat yang membolehkan pemerintah Jakarta mengenakan pelbagai sekatan sosial di kawasan bandar selama dua minggu akan datang, dengan agensi negara membantu melaksanakannya. Sekatan itu termasuk menghadkan acara keagamaan, kegiatan berkaitan pertahanan, kegiatan sosio-budaya, dan penutupan sekolah dan tempat kerja. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg