Topik diikuti
Pergi ke BHkuIndonesia berjaga-jaga kemungkinan tsunami susuli keretakan baru Anak Krakatau
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jan 4, 2019 | 5:30 AM
JAKARTA: Keretakan baru telah muncul di gunung berapi Anak Krakatau, mendorong pihak berkuasa Indonesia mendesak mereka yang berada di kawasan sekitar supaya berjaga-jaga sekiranya runtuhan mencetuskan satu lagi tsunami.
Ketua Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, Dr Dwikorita Karnawati, memberitahu pemberita kelmarin: "Sudah tentu harapannya ialah ia tidak seperti apa yang berlaku (pada 22 Disember), tetapi kami meminta orang ramai berjaga-jaga apabila mereka berada dalam zon 500 meter di sekitar pantai."
