Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia bertekad ingin membangunkan jet pejuang

Kerjasama dengan Korea Selatan untuk pembinaan 32 jet jelang 2025
Jan 12, 2016 | 04:12 PM



JAKARTA: Indonesia bertekad untuk selesai membangunkan dua skuadron atau 32 jet pejuang jenis KF-X/IF-X menjelang 2025, lapor Batam Pos.


Menukil Kementerian Pertahanan Indonesia, akhbar itu melaporkan bahawa pesawat tempur itu merupakan generasi 4.5 yang melebihi kemampuan jet pejuang F-16 buatan syarikat aeroangkasa Amerika Syarikat, Lockheed Martin.


Dalam usaha mencapai hasrat itu, kementerian itu bersama-sama syarikat aeroangkasa Indonesia, PT Dirgantara Indonesia (PT DI), akan berganding dengan syarikat aeroangkasa Korea Selatan, Korea Aerospace Industries (KAI).


Selain membincangkan soal pembikinan pesawat, kerjasama itu turut mencapai kesepakatan dalam soal pembiayaan bersama.


Menteri Pertahanan Indonesia, Jendral (B) Ryamizard Ryacudu menyatakan, sebagai salah satu negara terbesar di dunia, Indonesia sudah seharusnya mengeluarkan pesawat tempurnya sendiri.


"Kalau tidak dimulai sekarang, kapan (bila) lagi Indonesia dapat membuat(nya). Kalau beli, semua negara bisa (boleh)," ujarnya setelah selesai menandatangani kerjasama di Pejabat Kementerian Pertahanan di Jakarta pada 7 Januari lalu.


Menurut jadualnya, pengeluaran pesawat pejuang itu akan dimulai pada 2020 setelah selesai pembuatan prototaip.


Dalam pembuatan prototaip, Indonesia mengeluarkan dana sebesar Rp18 Triliun ($1.86b), atau 20 persen dari keseluruhan dana yang diperlukan.


Dalam penghasilannya itu kelak, dua pesawat pertama akan dihasilkan di KAI di Korea Selatan.


Sementara selebihnya akan diselesaikan bersama di Indonesia.


"Sesuai dengan Perjanjian Pertahanan, akan banyak gunakan komponen dalam negeri. Dan 80 peratus orang kita yang garap," tuturnya.


Kerjasama dalam projek tersebut merupakan sebahagian daripada tahap awal peningkatan perusahaan ketenteraan Indonesia.


Jika berjaya, ia tidak menutup kemungkinan, Indonesia akan menghasilkan lebih banyak pesawat pejuang itu.


"Nanti akan dijual ke negara lain, makanya kita buat," terangnya.


Sementara itu, Menteri Pertahanan Korea Selatan, Encik Chang Myoungjin menegaskan, pihaknya akan terlibat sepenuhnya dalam projek tersebut.


Semua kemampuan terbaik siap dikerahkan "baik di peringkat pusat mahupun adademik," ungkapnya.


Bahkan, beliau menyatakan projek tersebut memerlukan biaya terbesar dalam projek yang pernah dilaksanakan Korea Selatan.


Disebabkan keyakinannya, projek itu mampu menjadi titik awal kerjasama ilmuwan kedua-dua negara.


"Saya optimis projek ini akan berjaya," tegasnya.


Ini bukanlah kerjasama perusahaan ketenteraan Indonesia-Korea Selatan kali pertama.


Sebelumnya, beberapa kerjasama sudah dilakukan.


Ia termasuk kerjasama pembuatan kapal selam Chang Bogo yang seharusnya bermula di Surabaya tahun lalu. - Batam Pos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >