Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indonesia cadang bina Disneyland di Boyolali

Pembinaan taman tema Disney ke-4 di Asia dijangka bermula Sep ini
Apr 18, 2017 | 9:16 AM
IMPIAN INDONESIA: Watak Disney, Mickey Mouse, kelihatan di pintu masuk ke taman tema Disneyland Paris semasa ulangtahun ke-25 taman tersebut yang terletak di Marne-la-Vallee, dekat Paris, pada 25 Mac lalu. Pemerintah Indonesia bercadang membangunkan taman tema serupa di Boyolali, Jawa Tengah dan pembinaannya dijangka bermula pada September ini. - Foto REUTERS
IMPIAN INDONESIA: Watak Disney, Mickey Mouse, kelihatan di pintu masuk ke taman tema Disneyland Paris semasa ulangtahun ke-25 taman tersebut yang terletak di Marne-la-Vallee, dekat Paris, pada 25 Mac lalu. Pemerintah Indonesia bercadang membangunkan taman tema serupa di Boyolali, Jawa Tengah dan pembinaannya dijangka bermula pada September ini. - Foto REUTERS -

JAKARTA (Indonesia): Pemerintah Indonesia bercadang membangunkan taman tema 'Disneyland' di Boyolali, Jawa Tengah, dengan pembinaannya dijangka bermula pada September ini, lapor agensi berita Antara News, hari ini.

Dalam perbincangan mengenai usulan itu, pentadbiran Joko 'Jokowi' Widodo yang diwakili Setiausaha Kabinet, Encik Pramono Anung, semalam (17 Apr), projek itu dijangka menawarkan pelbagai faedah kepada masyarakat dan penduduk di sekitar kawasan tersebut.

"Indonesia terbuka kepada pelaburan yang dapat memberi kesan yang banyak terhadap pembangunan serantau," kata Encik Anung di kompleks Istana Presiden, semalam.

Persetujuan Kabinet dalam membangunkan Disneyland atau taman tema bertaraf dunia lainnya bertujuan membawa peningkatan ekonomi di kawasan tempatan, termasuk Boyolali.

Malah, kedudukan strategik Boyolali yang terletak berdekatan kawasan segi tiga pelaburan merangkumi Solo, Klaten, dan Jogjakarta dipercayai berpotensi bagi pembangunan yang lebih meluas.

"Membangunkan Disneyland merupakan satu pelaburan yang sememangnya besar. Kami benar-benar terbuka kepada idea itu dan menjangkakan ia benar-benar dapat dinyatakan," ujar Encik Anung lagi.

Menurut Pentadbir Boyolali, Encik Seno Samodro, taman tema itu kelak akan dibiayai sepenuhnya oleh pelaburan asing yang dijangka mencecah Rp6 trilion ($631.23 juta)

Menurutnya, kerja-kerja pembinaan akan bermula pada September ini dan dijangka siap dalam masa dua tahun.

Disneyland di Boyolali akan dibina di atas sebidang tanah seluas 100 hektar - menyamai 133 padang bola sepak.

Sekiranya projek ini dapat dilaksanakan, ia dijangka menjadi taman tema Disney ke-4 di Asia selepas ITokyo, Hong Kong, dan Shanghai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg