Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia cadang henti guna loji arang batu, namun sokongan hambar

Sep 17, 2022 | 06:05 AM



JAKARTA: Rancangan Indonesia mahu mengakhiri penggunaan loji arang baru dalam masa 30 tahun mendatang mendapat sambutan hambar daripada kalangan penyokong yang dianggap berpotensi.



Negara itu merancang menghapuskan 15 gigawatt bekalan elektrik yang disumbangkan menerusi penggunaan arang baru - kira-kira 60 peratus daripada jumlah keseluruhan, lapor The Straits Times yang memetik laporan Bloomberg semalam.



Ini akan memerlukan sokongan modal lebih AS$600 bilion ($845 bilion), kata menteri keusahawanan milik negara, Encik Erick Thohir, kelmarin.



Pemerintah telah mengadakan pameran bergerak di beberapa negara, termasuk Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE), serta beberapa negara Eropah, bagi rancangan yang menggalak peralihan penggunaan bekalan tenaga.



"Sejauh ini tiada sesiapa memberi maklum balas terhadap tawaran kami," kata Encik Thohir.



Indonesia tidak mahu bergantung kepada pengeluaran bon bagi menyokong peralihan itu, dan ia memerlukan negara-negara membantu untuk melabur, katanya.



Kos dan saiz selain sambutan hambar terhadap pelan tersebut, memberi peringatan tentang cabaran yang dihadapi dunia dalam membantu negara-negara membangun mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil.



"Jika pelaburan mengalir masuk dan aliran tunai syarikat kami kekal positif, ia boleh dilaburkan semula kepada bekalan tenaga yang boleh diperbaharui," katanya.



Indonesia mahu mengimbangi antara memacu pertumbuhan dan pembangunan tenaga hijau, tambahnya.



Ia cuba mengurangkan permintaan bahan api fosil dengan menggalak penggunaan dapur dan kenderaan elektrik, serta membangunkan sumber tenaga lain.



"Kami ingin campuran sumber bekalan tenaga terdiri daripada elektrik, biodiesel berasaskan sawit dan etanol, seperti Brazil dan India," kata Encik Thohir.



Bagi menyokong pelan itu, pemerintah telah memberitahu firma-firma milik pemerintah untuk menggunakan 700,000 hektar ladang tebu untuk menghasilkan etanol dan mengurangkan import.



Pemerintah juga merancang untuk mendorong projek bagi pemprosesan arang batu menjadi 'dimetil eter' (dimethyl ether) - cecair mudah terbakar, tidak berwarna, larut di dalam air dan alkohol dan digunakan sebagai pelarut dan boleh digunakan sebagai bahan bakar, dalam masa tiga hingga empat tahun lagi, bagi membantu mengurangkan kos AS$4 bilion setahun yang dibelanjakan pemerintah untuk gas cecair petroleum.



"Kita mesti jamin bekalan tenaga, dan kita bersetuju mengadakan transformasi menurut rentak kita sendiri, dan bukan apa yang negara lain ingin kita lakukan," ujarnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >