Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia catat 1,054 kes baru Covid-19, kenaikan harian tertinggi dalam 3 bulan

Jan 17, 2022 | 05:30 AM



JAKARTA: Indonesia melaporkan 1,054 kes baru Covid-19, kenaikan harian tertinggi dalam tempoh tiga bulan, sedang pemerintah bersiap sedia menghadapi gelombang baru jangkitan koronavirus yang didorong penularan varian Omicron.

Negara keempat paling ramai penduduk di dunia itu sebelum ini bergelut dengan gelombang kedua jangkitan yang dahsyat pada Julai lalu, didorong oleh penyebaran varian Delta.

Bilangan kes harian merosot kepada sekitar 200 menjelang Disember, sebelum meningkat pada bulan ini di tengah-tengah laporan penularan tempatan bagi varian Omicron.

"Jangkitan tempatan telah ditemui dan Jakarta telah menjadi kelompok jangkitan," kata Menteri Kesihatan, Encik Budi Gunadi Sadikin, dalam satu kenyataan kelmarin.

"Kita perlu menyelaras dengan pemerintah wilayah untuk mengukuhkan protokol kesihatan, (memberi) suntikan vaksin penggalak dan mengukuhkan kemudahan kesihatan."

Beliau tidak menjelaskan sekatan yang mungkin dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan. Pegawai biasanya menyemak langkah berkaitan pandemik setiap Isnin.

Indonesia mengesan kes pertama Covid-19 bagi varian Omicron yang lebih mudah merebak pada 16 Disember. Bilangan kes yang disahkan telah mencecah lebih 500 sejak itu dan pegawai berkata kadar jangkitan mungkin memuncak pada Februari.

Negara itu memulakan program penggalak vaksinnya untuk orang ramai minggu lalu.

Jumlah kes Covid-19 di serata dunia melepasi 300 juta pada 7 Januari lalu, dengan penularan pantas varian Omicron menyebabkan banyak negara mencatat rekod baru kes jangkitan.

Dalam minggu pertama 2022, sebanyak 34 negara telah mencatat bilangan kes mingguan tertinggi sejak permulaan pandemik, termasuk 18 negara di Eropah dan tujuh di Afrika, menurut kiraan AFP.

Meskipun lebih mudah dijangkiti berbanding varian lain, Omicron nampaknya menyebabkan penyakit kurang teruk berbanding varian terdahulu.

Meskipun varian itu merebak hingga mencapai rekod 13.5 juta kes dalam minggu pertama 2022, purata kematian di peringkat global merosot 3 peratus.

Satu kajian ke atas 70,000 pesakit Covid-19 di California baru-baru ini menunjukkan Omicron menyebabkan penyakit yang kurang serius berbanding varian lain, sejajar dengan dapatan kajian lain dari Afrika Selatan, Britain dan Denmark.

Berbanding Delta, jangkitan Omicron setengah kali ganda berkemungkinan menyebabkan pesakit perlu dihantar ke hospital. - Reuters, AFP, Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >