Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia dalam tempoh genting: Ketua pasukan bertindak Covid-19

May 21, 2020 | 11:30 AM



JAKARTA: Indonesia kini memasuki tempoh genting dalam memerangi wabak koronavirus, kata Ketua Pasukan Bertindak Nasional Covid-19, Encik Doni Monardo, sedang kes-kes yang disahkan positif telah meningkat dengan mendadak dalam sembilan hari terakhir, menurut akhbar Jakarta Globe hari ini.



Menurut beliau, masa genting adalah seminggu sebelum dan sesudah sambutan Aidilfitri, percutian terpenting bagi umat Islam Indonesia ketika dasar penjarakan sosial akan menghadapi ujian yang nyata.



"Ini adalah saat yang sangat kritikal bagi kita, sebelum dan sesudah Lebaran," kata Encik Doni dalam sidang akhbar semalam, menggunakan istilah lain untuk percutian yang jatuh pada hari Ahad, tepat sebulan umat Islam menjalani ibadah puasa dalam bulan suci Ramadan.



Pegawai kesihatan terutama di Jakarta akan berjaga-jaga selama dua minggu mendatang bagi menjangkakan pergerakan orang ramai yang akan memasuki ibu negara selepas sambutan perayaan Aidilitri.



"Saya telah melaporkan kepada presiden tentang potensi ancaman pasca-lebaran di mana penduduk kembali ke Jakarta dari kampung halaman mereka. Kami khuatir orang dari pusat baru wabak itu kembali ke Jakarta sebagai pembawa virus. Sekiranya itu berlaku, semua usaha kita selama ini akan sia-sia," kata Encik Doni.



Tahun lalu, sekitar 19 juta orang meninggalkan kawasan luar Jakarta untuk merayakan Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman mereka dan lebih ramai orang termasuk pencari kerja berpusu-pusu masuk ke Jakarta dan kota-kota satelitnya sesudah itu.



Amalan 'mudik' dilarang tahun ini untuk mencegah penyebaran penyakit ini, tetapi Encik Doni mengatakan beberapa orang telah berjaya pergi dan kemungkinan besar akan kembali setelah Aidilfitri.



Jakarta, yang menghadapi 32.5 peratus daripada keseluruhan kes koronavirus di Indonesia, telah memutuskan untuk memperpanjang apa yang disebut sebagai larangan sosial berskala besar hingga 4 Jun ini. 



Ia telah menetapkan larangan tersebut sejak 10 April.



Encik Doni mengatakan pasukannya meminta pertolongan dari tentera dan polis untuk mencegah ketibaan orang di Jakarta sehingga pembukaan semula ibu kota sepenuhnya.



"Saya berharap pasukan petugas di tingkat wilayah dan daerah dapat bekerja sama dengan polis dan tentera untuk mengekang penularan," kata Encik Doni, yang merupakan seorang jenderal tentera.



Kenyataan beliau itu dibuat pada hari ketika kes harian mencatat rekod baru. 



Kes Covid-19 yang disahkan meningkat sebanyak 693 semalam kepada sejumlah 19,189, termasuk 1,242 kematian dan 4,575 pesakit yang pulih.



Sejak 12 Mei lalu, kes harian mencapai purata 547. 



Jumlah keseluruhan kes dalam sembilan hari terakhir sahaja merangkumi 25,7 peratus daripada jumlah keseluruhan sejak kes pertama dikesan pada 2 Mac lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >