Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indonesia dijangka naikkan harga bahan api sehingga 40 peratus

Aug 26, 2022 | 6:34 PM
HARGA BAHAN TENAGA MENINGKAT
HARGA BAHAN TENAGA MENINGKAT - EPA-EFE

JAKARTA: Indonesia sedang mempertimbangkan untuk menaikkan harga bahan api bersubsidi antara 30 hingga 40 peratus bagi menangani tekanan fiskal berikutan lonjakan belanjawan subsidi, lapor agensi berita Reuters, hari ini.

Memetik kenyataan ahli parlimen daripada parti-parti gabungan di bawah pemerintahan Presiden Joko 'Jokowi' Widodo hari ini, isu ini diberi pertimbangan serius.

Ahli Parti Amanat Nasional (PAN) dan Timbalan Ketua Jawatankuasa Tenaga Parlimen, Encik Eddy Soeparno, berkata beliau mendapat maklumat itu dalam mesyuarat tertutup Parlimen dengan syarikat minyak negara, Pertamina, awal minggu ini.

Negara ekonomi terbesar Asia Tenggara itu sudah meningkatkan peruntukan subsidi tenaga sebanyak tiga kali ganda untuk tahun ini daripada belanjawan asalnya kepada Rp502 trilion ($47.2 bilion) iaitu kira-kira 16 peratus daripada jumlah pelan perbelanjaan - di tengah-tengah kenaikan harga minyak sedunia dan nilai rupiah yang merosot.

Pemerintah Indonesia berkata, lebih banyak wang diperlukan untuk menampung subsidi tahun ini jika harga bahan api tidak dinaikkan.

Menurut Encik Eddy, pilihan Pertamina ialah menaikkan harga petrol 90-oktana kepada 10,000 rupiah ($0.94) seliter daripada 7,650 rupiah ($0.72); petrol 92-oktana kepada 16,000 rupiah ($1.50) seliter daripada 12,500 rupiah ($1.17) dan diesel kepada 7,200 rupiah ($0.68) seliter daripada 5,150 rupiah (0.48).

Tambahnya, Pertamina juga menyokong kerajaan untuk memperkenalkan beberapa sekatan jualan seperti melarang kenderaan berkapasiti enjin lebih besar daripada membeli bahan api bersubsidi.

"Kami melihat ini (menaikkan harga dan menyekat jualan) sebagai mempunyai kesan paling tidak memudaratkan rakyat," katanya sambil menjelaskan kenaikan harga dianggarkan menambah sekitar 1.9 mata peratusan kepada kadar inflasi 2022.

Inflasi Indonesia mencecah 4.94 peratus pada bulan lalu, yang tertinggi dalam tempoh tujuh tahun, sekali gus menjadikan kadar di bawah nilai negara lebih maju yang sebahagian besar disebabkan oleh subsidi bahan api. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg