Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Indonesia gesa wujudkan Dunia Islam sederhana, perpaduan dalam melawan radikalisme

May 09, 2016 | 02:38 PM

JAKARTA: Naib Presiden Indonesia, Encik Jusuf Kalla, menggesa diwujudkan Dunia Islam "sederhana" dan menekankan perpaduan dalam kepelbagaian di kalangan negara di rantau ini dalam usaha memerangi radikalisme.

Beliau berkata belia yang tidak mempunyai iman mendalam terdedah kepada radikalisme bukan kerana kekayaan atau kemasyhuran politik, tetapi sebaliknya sebagai "jalan pintas ke syurga".

Itulah sebabnya para pemimpin Islam perlu melakukan lebih banyak untuk menyelesaikan isu radikalisme, terutama dengan dunia dalam ketakutan mengenai "tindakan radikal", yang datang dalam bentuk pengganasan, peperangan dan konflik.

Encik Kalla berkata demikian pada majlis perasmian Sidang Puncak Antarabangsa Pemimpin Islam Sederhana (Isomil) di Jakarta, yang dianjurkan oleh Nahdlatul Ulama (NU), pertubuhan Islam terbesar dengan kira-kira 40 juta ahli.

Sidang dua hari itu dihadiri oleh pemimpin Islam dari kira-kira 30 negara di seluruh dunia.

Fokus utama acara itu ialah perbincangan untuk mencari cara-cara baru bagi menggalak satu bentuk Islam sederhana sebagai penawar kepada ideologi pelampau.

"Saya menghargai idea-idea penting, tetapi idea-idea itu akan menjadi lebih berguna jika kita mengamalkannya bersama-sama dalam kalangan negara-negara di sini," kata Encik Kalla.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3