Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indonesia henti plastik sekali guna jelang akhir 2029

Jun 6, 2023 | 2:08 PM
MASALAH BESAR: Gambar menunjukkan banyaknya sisa plastik terkumpul di Sungai Aceh selepas dikatakan dibuang penduduk sekitar kawasan Banda Aceh, Indonesia. Negara itu berikar mengenakan larangan ke atas produk plastik sekali guna menjelang akhir 2029.
MASALAH BESAR: Gambar menunjukkan banyaknya sisa plastik terkumpul di Sungai Aceh selepas dikatakan dibuang penduduk sekitar kawasan Banda Aceh, Indonesia. Negara itu berikar mengenakan larangan ke atas produk plastik sekali guna menjelang akhir 2029. - Foto EPA-EFE

JAKARTA: Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Cik Siti Nurbaya Bakar, berkata pemerintah Indonesia akan mula mengenakan larangan ke atas produk plastik sekali guna menjelang akhir 2029.

Cik Siti Nurbaya berkata produk plastik yang menjadi sasaran larangan itu termasuk styrofoam untuk pembungkusan makanan, penyedut minuman plastik, sudu garpu plastik dan beg beli-belah plastik.

“Ini adalah salah satu cara menangani sampah yang sukar dikutip, (sampah yang) sukar dikitar semula secara ekonomi,” kata Cik Siti Nurbaya yang dipetik agensi berita Antara.

Pemerintah sedang berusaha ke arah sasaran 70 peratus pengurusan sisa dan 30 peratus pengurangan sisa menjelang 2025, seperti yang diamanatkan dalam arahan presiden mengenai pengurusan sisa isi rumah.

Untuk mengurangkan penggunaan plastik, Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan telah mengeluarkan beberapa peraturan.

Pada 2019, ia mengeluarkan peraturan menteri yang menetapkan bahawa pengeluar plastik mesti menyediakan peta hala tuju dalam usaha mengurangkan sisa bagi produk mereka.

Pada Januari lalu, Cik Siti Nurbaya berkata pemerintah komited menangani masalah sisa daripada tahap awal dan akhir kitaran sisa dan menyasarkan “sifar sisa” menjelang 2030.

Pada 2020, pentadbiran Jakarta mengeluarkan peraturan gabenor yang sudah lama ditunggu-tunggu bagi melarang beg plastik dari pasar tradisional dan moden mulai Jun tahun itu. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg