Indonesia hukum lebih 20 syarikat kerana sebabkan kebakaran hutan
Premium
Indonesia hukum lebih 20 syarikat kerana sebabkan kebakaran hutan
Dec 23, 2015 | 5:30 AM

-
JAKARTA: Indonesia telah menghukum lebih 20 syarikat dalam satu langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini atas perbuatan memulakan kebakaran hutan yang mengorbankan 19 orang, kata seorang pegawai pemerintah semalam.
Tiga syarikat ditutup secara kekal selepas lesen mereka dibatalkan atas peranan mereka dalam kebakaran yang menyelubungi sebahagian besar Asia Tenggara dengan jerebu dan membawa kos sebanyak AS$16 bilion ($22.47 bilion) kepada Indonesia.

