Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indonesia kini jadi pasaran narkotik terbesar di Asia

Nov 12, 2015 | 3:44 PM
BASMI DADAH: Indonesia kini menjadi pasaran dadah terbesar di Asia. Gambar hiasan menunjukkan bungkusan ganja yang dirampas pihak berkuasa. - Foto SHIN MIN
BASMI DADAH: Indonesia kini menjadi pasaran dadah terbesar di Asia. Gambar hiasan menunjukkan bungkusan ganja yang dirampas pihak berkuasa. - Foto SHIN MIN -

JAKARTA (Indonesia): Indonesia bukan sahaja menjadi pasaran narkotik terbesar di Asia dengan 5.9 juta pengguna, bahkan ia telah menjadi sebuah negara pengeluar narkotik, kata Ketua Agensi Narkotik Nasional Indonesia (BNN), Jenderal Komander Budi Waseso.

"Sehingga Jun 2015, jumlah pengguna narkotik telah mencecah 4.2 juta orang, dan ia berkembang kepada 5.9 juta pada November ini," kata Jenderal Komander Budi, yang ditukil Kompas.com semalam.

Beliau selanjutnya menyatakan, kira-kira 60 peratus banduan yang kini meringkuk di penjara seluruh negara telah disabitkan dengan kesalahan berkaitan dadah.

Penjara Tanjung Gusta di Medan, Sumatra Utara menempatkan kira-kira 70 peratus daripada 2,700 banduan yang disabitkan dengan kesalahan dadah - menjadikan jumlah pesalah dadah terbesar di tempat itu berbanding di penjara-penjara lain.

Dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah, BNN akan bekerjasama dengan Tentera Nasional Indonesia (TNI) untuk menjalankan serbuan dan menghentikan pengedaran dadah.

"Ia suatu isu besar yang perlu ditangani," kata Jenderal Komander Budi.

Ketua Turus Tentera Pusat Kerahan Tentera Serantau Bukit Barisan, Brigadier-Jenderal Widagdo Hendro Sukoco, mengakui bahawa Indonesia kini menjadi satu pasaran berpotensi untuk pengedar dadah di Asia Tenggara. - The Jakarta Post, Kompas.com

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg