Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG RAYA DI INDONESIA

Indonesia laksana beberapa inisiatif bagi permudah mudik Lebaran

Apr 20, 2023 | 05:30 AM



JAKARTA: Bagi melancarkan mudik Lebaran 2023, pemerintah Indonesia melaksanakan peraturan perjalanan sehala di beberapa lokasi yang diharap dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.



Tempoh masa lalu lintas mudik juga dibahagikan kepada beberapa peringkat yang bermula pada Selasa hingga Jumaat ini.



Bagi arus mudik pulang ke bandar-bandar pula, ia akan bermula pada 24 April hingga 2 Mei.



Kementerian Perhubungan pula meramalkan kemuncak lalu lintas mudik Lebaran tahun ini berlaku pada 19 hingga 21 April.



Menterinya, Encik Budi Karya Sumadi, berkata orang ramai telah disaran pulang ke kampung lebih awal bagi mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk bermula 13 April hingga 17 April.



Pemerintahan Indonesia mengumumkan permulaan cuti umum sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula 19 April dan berakhir pada 25 April.



Perubahan itu dibuat pemerintah pimpinan Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo (Jokowi), untuk memberi peluang kepada rakyat negara itu mengambil cuti lebih awal serta memudahkan pergerakan mereka balik kampung atau disebut sebagai mudik Lebaran.



Umat Islam di negara itu dijangka meraikan hari kebesaran umat Islam selepas sebulan berpuasa pada 22 April.



Balik kampung atau mudik Lebaran merupakan hal yang sangat penting untuk rakyat Indonesia khususnya bagi mereka yang berhijrah ke kota-kota besar untuk mencari rezeki.



Ini kerana, sebilangan besar daripada perantau hanya berkemampuan pulang ke kampung halaman untuk bertemu keluarga sekali setahun iaitu pada Hari Raya Aidilfitri.



Setiap tahun juga, jutaan manusia akan mudik Lebaran sama ada menggunakan pengangkutan awam atau kenderaan sendiri.



Memandangkan hampir tiada sekatan Covid-19 di Indonesia, jumlah itu dijangka terus melonjak menjelang Aidilfitri



Di Jakarta misalnya, pihak berkuasa menyediakan 70 kereta api sehari untuk musim perayaan kali ini, lebih tinggi berbanding 63 kereta api pada tahun lalu.



Langkah itu diambil demi memenuhi lonjakan kepada jumlah penumpang.



Sekurang-kurang 148,211 anggota polis, tentera, kementerian, agensi dan kerajaan tempatan ditugaskan untuk bersama-sama melaksanakan Operasi Ketupat Aidilfitri 2023.



Menurut laporan portal berita antaranews.com, operasi itu bertujuan mengawasi keselamatan dalam aktiviti mudik dan kepulangan warga Indonesia sepanjang tempoh sambutan Aidilfitri.



Terdahulu Encik Jokowi mengarahkan semua 'lebuh raya berfungsi' dibuka kepada orang awam ketika aktiviti mudik, kata Menteri Kerja Raya dan Perumahan Awam, Encik Basuki Hadimuljono.



Berdasarkan maklumat laman sesawang kementerian itu, 'lebuh raya berfungsi' adalah laluan bertol sedang dalam pembinaan dibuka sementara bagi mengurangkan kesesakan trafik untuk tempoh tertentu, dengan pemantauan diteruskan terhadap kemajuan pembinaan serta keupayaannya menampung lalu lintas.



Pengguna yang melalui 'lebuh raya berfungsi' dibuka sementara ketika aktiviti mudik itu tidak perlu membayar tol, lapor antaranews.com. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >