Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indonesia lancar MRT bagi atasi sesak jalan raya

Mar 25, 2019 | 5:30 AM
- Foto: EPA-EFE
- Foto: EPA-EFE -

JAKARTA: Ibu kota Indonesia melancarkan sistem MRT pertamanya semalam yang menelan belanja AS$1.1 bilion ($1.5 bilion) dan digambarkan sebagai projek penting bagi mengatasi masalah kesesakan yang terburuk di dunia.

Presiden Joko Widodo (gambar atas, berselfie dengan seorang penumpang) dan lain-lain pegawai pemerintah menghadiri majlis pelancaran laluan sepanjang 16 kilometer itu di Jakarta - hampir enam tahun setelah kerja-kerja pembinaan dimulakan.

Sistem kereta api itu mempunyai laluan di bawah dan atas tanah dan meliputi kawasan di tengah Jakarta hinggalah kawasan di selatan ibu kota itu yang didiami sekitar 30 juta orang.

Sistem tersebut bertujuan mengurangkan masa perjalanan antara dua kawasan itu kepada hanya 30 minit berbanding dua jam sekarang, sekali gus memberi kelegaan kepada pengguna yang sudah terbiasa menghabiskan masa yang lama dalam kesesakan jalan raya.

Laluan tersebut dibuka hari ini kepada orang ramai dengan tiket ditawarkan secara peruma bagi minggu pertama. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg