Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia lanjut sekatan pergerakan hingga 3 Jan

Dec 24, 2020 | 05:30 AM



JAKARTA: Sedang kadar kes Covid-19 terus meningkat, Gabenor Jakarta, Encik Anies Baswedan, telah memutuskan untuk melanjutkan langkah sekatan hingga 3 Januari ini.



Encik Anies berkata ini dilakukan bagi menghadapi kemungkinan peningkatan dalam jangkitan di ibu kota itu menyusuli sambutan perayaan Hari Natal dan Tahun Baru, menurut laporan Tempo.co.



"Pergerakan orang ramai semasa cuti hujung tahun akan menentukan pertumbuhan kes Covid-19 yang boleh disahkan, terutamanya daripada kelompok yang luas.



"Kami benar-benar menggesa orang ramai supaya terus menjalankan kegiatan di rumah (masing-masing)," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin lalu, dan menambah, ia penting dalam mencegah penularan besar-besaran Covid-19 di kalangan keluarga.



Encik Anies berkata trend, yang dikenali sebagai "kelompok jangkitan keluarga" meningkat selepas tempoh cuti semasa beberapa bulan lalu. Ini, bersama-sama kelompok di pejabat, telah menyumbang kepada peningkatan besar dalam kes jangkitan di ibu kota itu.



Jakarta merekodkan 3,821 kes baru daripada "kelompok keluarga" dan 313 kes baru yang disahkan dari "kelompok pejabat" antara 7 dengan 13 Disember.



"Kami akan memantau pergerakan penduduk dan mengawalnya agar tidak ada lagi penularan daripada orang luar yang masuk ke Jakarta dan sebaliknya. Oleh itu, adalah penting untuk kita elak daripada melakukan percutian, terutamanya ke luar Jakarta," kata Encik Anies.



Menurut agensi berita Antara, perintah sekatan telah dilanjutkan kerana tidak ada petanda kes Covid-19 turun sejak pertengahan bulan lalu.



Berdasarkan data yang dikumpulkan oleh Pejabat Kesihatan Wilayah Jakarta, peratusan daripada keseluruhan jumlah kes yang disahkan telah menunjukkan tanda-tanda yang meningkat sejak empat minggu lalu.



Sehingga 20 Disember, jumlah kes yang disahkan di ibu kota itu mencecah 163,111, peningkatan 13.3 peratus berbanding 143,961 kes pada 6 Disember lalu.



Pada Ahad lalu, Indonesia melaporkan 6,982 kes Covid-19 yang baharu dalam masa 24 jam, membawa kepada 664,930 kes sejak negara itu mengumumkan kes jangkitan pertama pada 2 Mac lalu.



Presiden Joko 'Jokowi' Widodo sebelum ini melahirkan harapan untuk melihat program vaksin Covid-19 peringkat nasional dimulakan pada Januari ini.



"InsyaAllah, kita akan mulakan pemberian vaksin pada Januari. Mengikut jangkaan, tahun hadapan kita mungkin kembali menikmati hidup secara normal. Marilah kita berdoa supaya ia dapat berjalan dengan cepat," kata Encik Jokowi ketika menyampaikan ucapan di Istana Presiden Bogor di Jawa Barat, Jumaat lalu.



Beliau dipetik laman berita kompas.id sebagai berkata program vaksin berkenaan disasarkan untuk mencapai 70 peratus populasi penduduk atau sekitar 182 juta individu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >