Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indonesia lapor 26 kematian akibat koronavirus, 316 kes baru

Apr 13, 2020 | 8:34 PM
LANGKAH DIPERLUAS: Seorang penumpang pengangkutan awam dilihat memakai pelitup di Indonesia pada 12 April 2020. - FOTO: REUTERS
LANGKAH DIPERLUAS: Seorang penumpang pengangkutan awam dilihat memakai pelitup di Indonesia pada 12 April 2020. - FOTO: REUTERS -

JAKARTA: Indonesia pada Isnin (13 April) melaporkan 316 kes baru jangkitan koronavirus, meningkatkan keseluruhan jumlah kes di negara itu kepada 4,557 orang, menurut maklumat yang diumumkan pegawai Kementerian Kesihatan Indonesia, Dr Achmad Yurianto.

Dr Achmad berkata, 26 orang lagi telah terkorban akibat virus berkenaan, meningkatkan jumlah kematian kepada 399 orang.

Indonesia kini sedang mempertingkatkan keupayaanya dalam melaksanakan ujian bagi mengenal pasti jangkitan koronavirus dan ia juga sedang memperluas perintah sekatan pergerakannya kepada beberapa daerah di luar ibukotanya sedang negara itu dikritik kerana mempunyai kadar ujian setiap kapita paling rendah di Asia Tenggara.

Presiden negara itu, Encik Joko Widodo pula berkata, Indonesia akan mempertingkatkan keupayaanya dalam melaksanakan ujian kepada sebanyak 9,000 sampel sehari.

Pihak berkuasa juga telah memperluas langkah jarak selamat yang lebih ketat, termasuk penutupan pejabat, larangan atas perhimpunan melebihi lima orang dan mengehadkan khidmat pengangkutan hanya bagi bandar satelit di luar Jakarta untuk mencegah penularan koronavirus. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg